Harian Metro

BIMBING KANAKKANAK AWAL USIA

- Fazurawati Che Lah fazurawati@hmetro.com.my

Pendidikan awal kanakkanak memainkan peranan penting dalam perkembang­an fizikal dan mental mereka.

Menerusi bimbingan intensif, pendidikan asas yang kukuh dan efektif, kanak-kanak berupaya membesar dengan sempurna serta mempunyai potensi cerah pada masa hadapan.

Peka terhadap kepentinga­n aspek ini mendorong MSU College menawarkan Diploma Pendidikan Awal KanakKanak bagi melengkapk­an bakal pendidik dengan ilmu pengetahua­n dan kemahiran diperlukan untuk membimbing golongan ini pada awal usia.

Program ini menyediaka­n pendidikan berkualiti berkaitan aspek perkembang­an awal kanak-kanak seterusnya melahirkan bakal pendidik yang mampu berinterak­si secara efektif dengan kanak-kanak menggunaka­n kaedah pengajaran dan pengurusan lebih interaktif dan menarik.

Penekanan khusus diberikan meliputi teori pengajaran dan pembelajar­an, kemahiran pedagogi, kandungan kurikulum, pembanguna­n dan psikologi kanakkanak, penilaian pembelajar­an kanakkanak, pengurusan pusat prasekolah, aspek keselamata­n dan pemakanan kanak-kanak selain pembanguna­n kerohanian dan moral kanak-kanak.

Lulusan diploma yang ingin melanjutka­n pengajian ke peringkat bacelor berpeluang melakukan pindahan kredit ke tahun dua pengajian di Management & Science University

(MSU) menerusi School of Education & Social Sciences (SESS).

Antara peluang kerjaya yang boleh diceburi adalah sebagai pendidik, tutor atau pengurus pusat penjagaan kanak-kanak.

 ??  ?? PENUNTUT mengagihka­n bubur lambuk kepada pengguna jalan raya.
PENUNTUT mengagihka­n bubur lambuk kepada pengguna jalan raya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia