Harian Metro

Strategi tersendiri lariskan jualan

-

DARI MUKA 1

Biarpun dilabel peniaga ‘bidang terjun’ atau lebih sesuai usahawan Ramadan, mereka berani mengambil kesempatan itu kerana percaya mampu meraih pendapatan berlipat kali ganda.

Segelintir mereka bijak mempromosi­kan produk jualan sama ada atas talian (online) seperti Instagram atau Facebook.

Tapi ada juga yang membuka gerai di bazar Ramadan untuk menjual pelbagai jenis makanan dan minuman.

Bagi mereka, pendedahan diperoleh melalui aktiviti itu menyuntik manfaat besar dalam pelbagai aspek kerana hasil dapatan atau ‘duit poket’ berkenaan digunakan untuk kepentinga­n masa depan termasuk perbelanja­an sepanjang pengajian.

Penuntut Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur, Nor Arina Mokhtar, 25, menjalanka­n perniagaan jus buah mangga kisar (blended) atau dikenali Chan Mango Lolo yang memasuki tahun kedua di Bazar Ramadan Bazaria Pantai.

Biarpun berstatus anak tunggal yang sering dianggap kemanjaan ibu bapa, anak muda dari Kuantan, Pahang ini gigih membuktika­n kemampuan berdikari dan enggan hanya bergantung kepada pemberian wang saku oleh orang tua, tambahan pula berpeluang meraih pulangan lumayan serta menimba pengalaman menyeronok­kan.

Beliau yang kini mengikuti pengajian Sarjana Sains (Matematik) di Fakulti Sains, ternyata tidak kekok berikutan gemar berniaga terutama ketika musim konvokesye­n.

Bagaimanap­un, sebagai peniaga muda, katanya, beliau perlu ada strategi tersendiri untuk melariskan produk jualan, antara lain memastikan penggunaan buah-buahan segar, jus tanpa bahan pengawet dan tawaran harga menarik hanya RM4 sebungkus.

“Tahun lalu saya berniaga cucur jagung bersama rakan di Bazar Ramadan Wangsa Maju, tapi pada tahun ini kami memilih untuk menambah satu lagi menu baru iaitu ais blended kerana minuman itu makin digemari.

“Berbekalka­n wang simpanan RM300, saya membeli alatan yang diperlukan seperti mesin pengisar, cawan dan alatan diperlukan.

Bagi memastikan jus itu berkualiti dan segar, mangga hanya dibeli pada hari berniaga sahaja,” katanya.

Menurut Arina yang turut menjalanka­n perniagaan bekam bergerak berkata, hasil pendapatan daripada kedua-dua sumber itu disimpan untuk kegunaan pada masa hadapan dan keperluan diri.

Sementara bagi seorang lagi penuntut tahun ketiga Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Harta Tanah Fakulti Alam Bina UM, Mohamad Nor Saufi Mohd Khairul Anuar, 22, berkata, beliau dan tiga rakan meneruskan perniagaan menjual juadah berbuka di sekitar kolej kediaman di universiti awam (UA) itu.

“Kesukaran mendapat juadah berbuka menyebabka­n kami berempat mengambil peluang untuk memasak makanan dan menjualnya kepada penghuni kolej kediaman.

“Kami juga menyediaka­n perkhidmat­an penghantar­an percuma kepada penghuni yang memesan melalui WhatsApp,” katanya.

Memasuki tahun kedua menjalanka­n perniagaan itu, dia gembira kerana mendapat kebenaran pihak kolej kediamanny­a untuk menggunaka­n peralatan dapur serta ruang untuk memasak.

Setiap hari kira-kira empat juadah disediakan meliputi masakan berat berasaskan nasi serta lauk dan masakan ringan seperti kuih muih.

“Sekitar jam 4 petang, kami berempat akan mula masak selama dua jam setengah untuk semua jenis menu sebelum didatangai pelanggan yang kebanyakan penghuni kolej kediaman.

“Setengah jam sebelum berbuka pula kami akan menghantar makanan yang dipesan kepada penuntut sekitar UM,” katanya.

Katanya, bertuah kerana rakannya pandai memasak dan dalam sehari mereka memperoleh sekitar RM200 hasil dari jualan juadah itu.

Katanya setakat ini, aktiviti itu tidak menganggu proses pengajian mereka, sebaliknya mereka bekerjasam­a dan saling membantu menyediaka­n masakan sekiranya ada antaranya mereka terpaksa pulang lewat dari kelas.

Katanya, berdasarka­n pengalaman berniaga pada tahun sebelum ini, dia memperoleh pendapatan lumayan sepanjang Ramadan apabila meraih lebih RM2,000.

 ??  ?? MOHAMAD NOR sudah dua tahun meniaga juadah berbuka di kolej kediaman.
MOHAMAD NOR sudah dua tahun meniaga juadah berbuka di kolej kediaman.
 ??  ?? ARINA di gerai bazar Ramadannya di Bazaria Pantai.
ARINA di gerai bazar Ramadannya di Bazaria Pantai.
 ??  ?? CHAN mango lolo yang dihasilkan Arina untuk dijual.
CHAN mango lolo yang dihasilkan Arina untuk dijual.
 ??  ?? ARINA turut menyediaka­n perkhidmat­an penghantar­an
ARINA turut menyediaka­n perkhidmat­an penghantar­an

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia