Harian Metro

Mampu dapat RM1,500 sebulan

-

Tidak dinafikan dalam kalangan penuntut universiti, mereka berjaya mencari pendapatan sampingan bagi membantu pembelajar­an serta keperluan dan kemahuan yang diingini.

Bagi penuntut Ijazah Sains Gunaan Universiti teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Siti Syazwani Abd Razak (Wani), 25, membabitka­n diri dalam perniagaan secara dalam talian (online) dengan menjual kek brownies sejak setahun lalu.

Menurutnya, dikenali dengan Seitts Kitchen, usahanya itu membuahkan hasil apabila ramai permintaan dari kalangan rakan, pensyarah dan kakitangan universiti.

Gadis berperwata­kan lembut ini mengakui meraih pendapatan

RM200 seminggu dan boleh mencecah RM1,500 sebulan.

“Alhamdulil­lah, kalau tidak rajin komersialk­an produk, saya tidak akan mendapat pendapatan sebanyak ini lebih-lebih lagi sekarang masih belajar dan memerlukan pengeluara­n wang yang banyak untuk pembelajar­an,” katanya.

Walaupun tidak mendapat manamana tajaan, dia tidak bergantung harap wang saku yang diberikan oleh ibunya.

“Lagipun, saya tidak suka menyusahka­n ibu dan hanya bergantung dengan sepenuhnya kepada mereka,” katanya yang menuntut pengajian di semester akhir.

“Namun, duit pembelanja­an yang diberikan cukup membayar yuran dan buku malah ada kalanya tidak mencukupi untuk menampung perbelanja­an lain saya di kampus,” katanya.

Menurut gadis berasal Alor Setar Kedah ini, penghasila­n brownies tidak mengambil masa yang terlalu lama sekali gus tidak mengganggu sesi pembelajar­an sewaktu kuliah.

“Untuk bulan puasa, saya akan membakar brownies dalam dua masa iaitu selepas Zohor dan Tarawih supaya pemanis mulut yang dihasilkan sentiasa berkualiti.” Katanya.

Bagi Wani, pelajaran tetap diutamakan dan disebabkan itu dia harus bijak membahagik­an masa antara belajar dan berniaga pada setiap hari.

“Walaupun saya bercita-cita untuk membuka kedai kek suatu hari nanti, saya perlu menumpukan perhatian terlebih dahulu terhadap pengajian ijazah sehingga tamat,” katanya.

Lain pula bagi seorang penuntut Ijazah Sarjana Muda Sains Senibina dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai Johor, Wan Ahmad Khidhir Haithar Zulkiflee, 23, apabila hobi mengambil gambar dan video kini beri perkhidmat­an videografi dan fotografi.

Perniagaan diberi nama The Shades Of Philia itu ditubuhkan sejak dua tahun lalu memberi khidmadi majlis korporat dan santai.

“Untuk sebulan, perkhidmat­an fotografi dan videografi yang saya berikan adalah seperti di majlis perkahwina­n, muzik indie dan korporat tidak kira di dalam mahupun di luar kampus,” katanya.

Dia yang bekerja sebagai ‘freelance’ akan mengehadka­n kepada satu kerja dalam sebulan disebabkan tidak mahu menggangu pembelajar­an dan tugasan yang diberikan pensyarah.

Pendapatan bersihnya yang mencecah

RM1,500 sebulan itu membolehka­nnya menampung pembelanja­an semasa belajar kerana bidang senibina memerlukan wang yang banyak untuk setiap tugasan.

“Dengan pendapatan itu, sedikit sebanyak dapat membantu dalam perbelanja­an pembelajar­an apabila kadang-kadang tiket penerbanga­n diperlukan untuk melakukan tugasan di luar kampus,” katanya.

Lebih mesra dipanggil Haithar, perniagaan yang pada mulanya sekadar minat dan dijalankan seorang diri kini berkembang maju atas bantuan sahabat yang turut menjadi rakan kongsinya.

“Minat bermula sewaktu diploma lagi, kemudian ambil sedikit demi sedikit perkhidmat­an dari pelanggan terdekat, tetapi selepas nampak berkembang sedikit, tidak dapat menguruska­n dengan sendiri, sebab itu, saya perlukan tenaga kerja,” katanya.

 ??  ?? WANI (kiri) bersama pelanggann­ya di kolej
WANI (kiri) bersama pelanggann­ya di kolej
 ??  ?? WAN Ahmad Khidhir
WAN Ahmad Khidhir
 ??  ?? ANTARA servis yang
diberikan kepada pelanggan iaitu album
perkahwina­n
ANTARA servis yang diberikan kepada pelanggan iaitu album perkahwina­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia