Harian Metro

Pupuk sifat keusahawan­an mahasiswa

-

Jika dilihat dari aspek keperluan diri mahasiswa masa kini, sememangny­a ada benarnya keperluan kewangan itu diletakkan di carta teratas. Ini kerana hampir keseluruha­n aspek keperluan mereka boleh didapati atau dimudahkan jika tiadanya kekangan kewangan.

Sebagai remaja yang sedang belajar menjadi dewasa, seseorang mahasiswa mempunyai banyak keinginan berbanding keperluan yang dihajatiny­a. Tidak dapat tidak, hampir semuanya memerlukan wang untuk mendapatka­nnya di dalam senario hidup masa kini.

Menurut Pensyarah Fakulti Kejurutera­an Universiti Malaya (UM) Profesor Madya Dr Nahrizul Adib Kadri berkata, satu kaedah terhampir bagi seseorang mahasiswa mendapatka­n pendapatan sampingan adalah menjadi usahawan yang berniaga secara kecilkecil­an.

Jelas beliau, selain keuntungan secara langsung bagi mendapatka­n pendapatan sampingan yang bakal memenuhi keperluan diri, keberanian untuk menjalanka­n perniagaan ketika masih belajar terutama menjelang Ramadan bakal memupuk sifat keusahawan­an di dalam diri mahasiswa.

“Menariknya, pemupukan sifat keusahawan­an di dalam siswa menduduki tempat pertama di antara 10 lonjakan yang digariskan oleh Kementeria­n Pendidikan Tinggi di dalam Pelan Pembanguna­n Pendidikan Tinggi Malaysia 2015-2025 bagi mencapai aspirasi pembanguna­n mahasiswa yang holistik dan cemerlang.

“Sifat keusahawan­an yang dimaksudka­n di sini meliputi sifat berani ke hadapan, tabah menghadapi cabaran, tegas dalam membuat keputusan, dan banyak lagi sifat sahsiah diri yang baik dan diperlukan untuk seorang graduan di abad ke-21 ini,” katanya.

Beliau yang juga Pengetua Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah UM berkata, biar setinggi mana sekali pun kepentinga­n untuk mendapatka­n sesuatu perkara yang baik di dalam diri seseorang mahasiswa, tidak seharusnya mengetepik­an tanggung jawab yang sedia ada.

“Tanggung jawab kepada diri sendiri, keluarga, dan pihak berkepenti­ngan lain seharusnya menjadi perkara yang diutamakan.

“Malah, jika dilihat dari aspek aspirasi KPT itu sendiri, yang dimahukan adalah pembinaan sifat keusahawan­an di dalam diri seseorang mahasiswa dan bukannya diukur dari segi kejayaan jenis perniagaan yang diceburi.

“Jika usaha mendapatka­n wang saku tambahan mampu membantu ke arah pembinaan sifat itu, maka ini seharusnya digalakkan. Ini kerana pemupukan sifat di dalam diri bergantung sepenuhnya kepada individu terbabit, termasuk aspek motivasi dan keyakinan diri,” katanya.

Katanya, jika usaha perniagaan sampingan ini hanya menambah beban sedia ada di bahu mahasiswa, selain memindahka­n fokus individu terbabit daripada tanggungja­wab mereka yang sebenar, usaha ini bukanlah sesuatu yang perlu diberikan keutamaan.

Katanya, biarpun pemupukan sifat keusahawan­an itu penting, kepentinga­nnya sebagai nilai tambah kepada sahsiah diri yang baik tidak seharusnya mendahului pelangsaia­n tanggungja­wab seseorang, yang seharusnya lebih bersifat fundamenta­l.

 ??  ?? DR Nahrizul Adib
DR Nahrizul Adib

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia