Harian Metro

USM, BFSU meterai MoU

- Nor Hanisah Kamaruzama­n rencana@hmetro.com.my

Kerjasama antarabang­sa dalam pengajaran dan pembelajar­an bahasa Melayu

Sains Malaysia (USM) mengambil inisiatif mengantara­bangsakan bahasa Melayu menerusi kerjasama dengan Beijing Foreign Studies University (BFSU) dalam satu memorandum persefaham (MoU) yang ditandatan­gani, baru-baru ini.

Memorandum yang dimeterai dalam majlis di Institut Pengajian Siswazah USM, Bangunan Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak Kuala Lumpur itu turut bertujuan mewujudkan kerjasama antarabang­sa dalam pengajaran dan pembelajar­an bahasa Melayu.

Selain itu, ia turut membantu dalam penyelidik­an, penerbitan, penterjema­han dan kesusaster­aan bahasa Melayu selain berkolabor­asi bagi pengajian Malaysia, Islam dan sejarah.

USM diwakili Timbalan Naib Canselor (Penyelidik­an dan Inovasi) Profesor

Datuk Dr Muhamad Jantan manakala delegasi BFSU diketuai Pengerusi Majlis Pengurusan Tertinggin­ya Profesor Dr Han Zhen.

Berucap pada majlis itu, Dr Muhamad Jantan kagum dengan program terjemahan dan interpreta­si di BFSU kerana ia menjadi rujukan di universiti lain di seluruh China.

“Saya percaya memorandum ini bakal mengeratka­n lagi hubungan kerjasama jaringan antarabang­sa bagi keduadua institusi untuk jangka masa panjang.

“Melalui perjanjian ini, beberapa agenda strategik turut diadakan termasuk penawaran Program Pemindahan Kredit Pengajian Melayu atau Bahasa Melayu kepada pelajar jurusan bahasa Melayu di BFSU.

“USM dan BFSU juga bekerjasam­a menawarkan program ijazah pascasiswa­zah (sarjana dan doktor falsafah) dalam pelbagai bidang kemanusiaa­n yang diterajui Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaa­n (PPIK) dengan penubuhan Institut BFSUUSM di China,” katanya.

Dr Han yang turut berucap berkata, pihaknya berbesar hati kerana dapat berkolabor­asi bersama USM iaitu satu-satunya universiti yang mempunyai taraf Accelerate­d Programme for Excellence (APEX) di Malaysia.

“BFSU sentiasa mencari peluang menjalin kerjasama dengan universiti antarabang­sa berteraska­n matlamat utama institusi iaitu mewujudkan hubungan strategik dengan negara luar.

“BFSU menawarkan 84 program bahasa asing yang banyak melahirkan pensyarah program terjemahan dan jurubahasa UNESCO,” katanya.

Menerusi memorandum itu, USM dan BFSU turut merangka penganjura­n bersama Seminar Terjemahan dan Interpreta­si Antarabang­sa II pada 2018 yang dijangka berlangsun­g di Malaysia dan Seminar Terjemahan, Bahasa dan Budaya Melayu-China (STBBMC) II pada 2019 yang dijangka berlangsun­g di China.

Turut hadir pada majlis berkenaan adalah Dekan PPIK USM Profesor Dr Narimah Samat, Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar) PPIK Profesor Madya Dr Hasuria Che Omar, Penyelaras Bahagian Pengajian Penterjema­han dan Interpreta­si PPIK Profesor Madya Dr Goh Sang Seong dan Pengarah Institut Konfusius

BFSU Profesor Dr Zhang Xiaohui.

Beijing Foreign Studies University (BFSU) adalah institusi yang menawarkan program bahasa Melayu pada tahun 1961 sebagai usaha melatih rakyat China bertutur dan menulis dalam bahasa Melayu.

Usaha itu turut bertujuan meningkatk­an keberkesan­an hubungan diplomatik China dan Malaysia selain melahirkan graduan berbahasa Melayu.

Untuk rekod,

China mempunyai lapan universiti yang menawarkan program Pengajian bahasa Melayu dan BSFU menjadi rujukan kepada tenaga pengajar bahasa Melayu di universiti lain seluruh China.

 ??  ?? DR Muhamad Jantan (kiri) mewakili USM manakala menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) dengan BFSU yang diwakili Dr Han bertujuan mengantara­bangsakan bahasa Melayu.
DR Muhamad Jantan (kiri) mewakili USM manakala menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) dengan BFSU yang diwakili Dr Han bertujuan mengantara­bangsakan bahasa Melayu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia