Harian Metro

NUR SYAHINDAH HEBAT GELECEK BOLA

- Fatin Farhana Japre gen.y@hmetro.com.my

Bergiat aktif dalam sukan bola sepak dan berpakaian sukan Muslimah dengan bertudung, berseluar pendek labuh, ‘tight’ panjang dan ‘inner’ berlengan panjang menyebabka­n Nur Syahindah Mohamad Kamal,

20, pernah menjadi perhatian netizen dan tular di laman sosial Facebook.

Penulis berpeluang menemu bual Nur Syahindah untuk berkongsi lebih lanjut mengenai hasratnya menjadi pemain bola sepak wanita bertaraf profesiona­l dan ternyata gadis cantik kelahiran Kelantan ini sangat peramah orangnya.

Kata Nur Syahindah, dia mula menjadi bualan netizen dan digelar ‘Ronaldinho Kelate’ sejak memuat naik gambarnya beraksi di padang dengan berpakaian sukan Muslimah pasukan bola sepak wanita Kelantan Sri Sador Glow Glowing FC.

“Sebenarnya pembabitan saya dalam sukan ini bermula dengan bermain futsal pada usia 17 tahun. Kira-kira setahun saya bermain futsal sebagai aktiviti riadah bersama rakan sebelum mengambil keputusan menjalani sesi pemilihan bakat baru bagi pasukan bola sepak wanita Sri Sador Glow Glowing FC.

“Selepas menghadiri sesi pemilihan sebanyak tiga kali, saya tidak sangka terpilih bernaung di bawah Sri Sador Glow Glowing FC dan diletakkan dalam posisi pertahanan kiri untuk mewakili Kelantan sejak tahun lalu.

“Saya peminat tegar pasukan bola sepak Barcelona dan setiap kali perlawanan saya tidak melepaskan peluang menontonny­a di televisyen untuk belajar teknik menggelece­k serta menghantar bola.

“Oleh itu, saya tidak kekok beraksi di padang dan semakin bersemanga­t belajar lebih banyak teknik dengan pemain senior dalam pasukan selain menonton perlawanan video Barcelona untuk memantapka­n prestasi di atas padang,” kata anak bongsu kembar daripada empat beradik ini.

Menurutnya, walaupun ada yang memperleke­hkan kebolehann­ya untuk menjadi seorang pemain bola sepak wanita profesiona­l, dia langsung tidak ambil hati dan lebih bersemanga­t untuk membuktika­n kemampuann­ya kepada mereka.

“Saya jadikan kata-kata negatif seperti perempuan lebih baik duduk di rumah belajar memasak sebagai pembakar semangat untuk membuktika­n yang perempuan juga boleh bermain bola sepak dan bukan hanya dimonopoli lelaki,” katanya.

Ketika ditanya pengalaman pertama kali beraksi sebagai pemain bola sepak mewakili Kelantan, Nur Syahindah berkata perasaan gementar menguasai diri namun pada masa sama teruja untuk menguasai padang.

“Persiapan bukan saja dari segi fizikal malah mental juga memainkan peranan untuk menjadikan kita beraksi dengan baik di padang.

“Oleh itu, sejak awal lagi saya menjaga pemakanan, minum air secukupnya dan menjalani latihan setiap petang untuk memantapka­n tahap stamina,” katanya.

Dia sangat bersyukur kerana ibu dan bapanya tidak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia