Harian Metro

Wanita berhijab lebih yakin

-

DARI MUKA 15

Jelas pengasas FITscarf, Tara Malek dan Natasha Zainal yang kedua-duanya aktif bersukan, rasa panas akibat mengenakan tudung rekaan biasa menyebabka­n mereka tidak selesa melakukan aktiviti disukai.

Dua sahabat baik itu pernah mengalami masalah berat badan sebelum ini dan mereka mengikuti pelbagai program kecergasan untuk menurunkan berat badan.

Ketika itulah mereka tercari-cari hijab yang selesa, cepat kering dan praktikal untuk dipakai dalam misi meneruskan perjalanan untuk kurus secara sihat dengan banyak menjalanka­n aktiviti luar.

Menurut Natasha, sejak hari pertama terbabit dalam aktiviti kecergasan, dia amat menitikber­atkan pilihan pakaiannya terutama tudung yang digunakan untuk bersukan.

“Saya cuba beberapa tudung biasa dan akhirnya mengalami sakit kepala setiap kali selepas sesi latihan. Saya kemudian membeli beberapa tudung sukan tapi tidak menggemari rekaan dan fabrik yang digunakan.

“Semuanya bermula ketika aktiviti memanjat bukit yang menjadi rutin pagi saya dan Tara, saya meluahkan hasrat mahu memiliki tudung yang sesuai untuk latihan, berlari, memanjat dan banyak lagi.

“Kebetulan Tara sebelum ini memang berhasrat menghasilk­an tudung sukan, jadi kami sepakat mengeluark­an tudung pelbagai fungsi yang bukan saja untuk aktiviti kecergasan tapi boleh dipakai ke pejabat, kasual dan mengembara,” katanya.

Menurut Tara, apabila bersukan kebanyakan wanita mahukan keselesaan di samping mengekalka­n penampilan yang cantik. Pada masa sama, mereka juga mahukan pakaian yang menutup bahagian tertentu seperti dada dan punggung agar selesa bersenam tanpa rasa malu.

Menggunaka­n fabrik mikro serat berkualiti tinggi agar tidak mudah kusam selepas banyak cucian, ia juga ringan, tidak perlu diseterika, cepat kering dan memberi rasa sejuk ketika dipakai.

“Bukan itu saja, kehadiran bau badan juga boleh dielakkan kerana fabriknya yang menyerap peluh. Material yang digunakan itu juga membuatkan pakaian cepat kering, sekali gus memberi keyakinan kepada pemakai untuk mengenakan­nya sepanjang hari,” katanya.

Lebih menarik, bagi mereka yang berwajah bulat, tudung ini menggunaka­n teknik jahitan berganda agar wajah pemakai tampak lebih tirus.

Selain itu katanya, rekaan tudung yang berinovasi membolehka­n pemakaian tanpa anak tudung tapi tidak akan menampakka­n anak rambut.

“Didatangka­n dengan satu saiz tapi ia padan untuk semua wanita dengan pemilihan empat warna yang mengikut trend terkini iaitu merah jambu, hitam, hijau dan kelabu.

“Manakala pada bahagian depan tudung pula direka berbentuk bulat supaya menutup bahagian depan lebih baik selain dijahit ‘piping’ eksklusif di keliling tudung untuk menambah keunikanny­a,” katanya. -Yusliza Yakimir Abd Talib

Rekaan berinovasi membolehka­n pemakaian tanpa anak tudung

 ??  ?? TARA (kiri) dan Natasya bergabung menghasilk­an FITscarf.
TARA (kiri) dan Natasya bergabung menghasilk­an FITscarf.
 ??  ?? SESUAI untuk gaya kasual.
SESUAI untuk gaya kasual.
 ??  ?? TUDUNG boleh dipakai ke pejabat.
TUDUNG boleh dipakai ke pejabat.
 ??  ?? UNTUK semua saiz badan.
UNTUK semua saiz badan.
 ??  ?? BERSUKAN lebih selesa.
BERSUKAN lebih selesa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia