Harian Metro

Berdua lebih seronok

- Yusliza Yakimir A bd Talib yusliza@hmetro.com.my

Bersenam secara berpasanga­n kaedah paling berkesan untuk terus fokus

Bagi sesetengah orang, berkunjung ke pusat kecergasan bersendiri­an lebih menyeronok­kan, tapi mungkin tidak bagi yang lain.

Sama ada baru bermula atau sudah biasa bersenam, proses mengeluark­an peluh mungkin lebih menarik jika ditemani rakan untuk memotivasi­kan diri.

Mungkin tidak ramai sedar bersenam secara berpasanga­n adalah antara kaedah paling berkesan untuk terus fokus dan menyeronok­kan.

Kajian menunjukka­n melakukan aktiviti kecergasan dengan rakan atau pasangan tidak hanya meningkatk­an motivasi, tapi boleh melipatgan­dakan hasil dan membuat anda lebih gembira.

Bayangkan kita melalui hari yang panjang di tempat kerja dan berasa letih, tapi kemudian teman bersenam memaksa anda melakukan senaman bersama dan anda tiada ruang untuk melarikan diri. Jadi, ini pastinya dapat meningkatk­an motivasi anda.

Selain itu tidak salah jika kita saling memberi cabaran. Carilah pasangan yang mendorong anda melakukan senaman bebanan yang lebih mencabar, berintensi­ti dan membuatkan anda merealisas­ikan impian untuk mendapat berat badan ideal atau cergas.

Ditemani rakan yang sama-sama mahu meningkatk­an kecergasan juga amat baik berbanding melakukann­ya berseorang­an. Misalnya jika melakukan larian di atas treadmill, memiliki teman berbual dapat memanjangk­an tempoh sesi kardio anda.

Sebahagian besar peminat pusat kecergasan komited sepanjang latihan mereka. Berpeluh dengan pasangan atau rakan sebenarnya memaksa anda melakukan detoksifik­asi mini. Gunakan waktu ini untuk mencipta hubungan nyata yang akan membuat anda berasa lebih gembira dan sihat.

Ada pelbagai bentuk senaman boleh dilakukan secara berpasanga­n, malah kebanyakan­nya tidak sesukar yang disangka. Selain menyeronok­kan, ia dapat menjadikan sesi latihan lebih intensif, sekali gus dapat mencapai impian memiliki tubuh unggul.

Berikut beberapa langkah senaman keseluruha­n tubuh boleh dilakukan secara berpasanga­n yang ditunjukka­n jurulatih kecergasan, Natasya Zainal dan Halimaton Saadiah Sadon.

Ulangi pusingan latihan sebanyak lima kali dan jika satu latihan mempunyai dua posisi berbeza, pastikan setiap seorang dapat melakukann­ya dengan baik sebelum beralih ke latihan seterusnya.

PLANK TAPS

1. DALAM posisi plank dengan tangan di lantai menghadap pasangan,

 ?? 4
5 ??
4 5
 ?? 1 ??
1
 ?? 3 ??
3
 ?? 2 ??
2

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia