Harian Metro

Tangani masalah ‘bantut’ di Indonesia

- Susunan Norlaila Hamima Jamaluddin laila@hmetro.com.my IKTIRAF MASALAH BANTUT

Sajian tengah hari yang dihidangka­n ringkas sahaja: mi goreng, seketul ayam goreng dan sebiji pisang. Namun bagi Safira, gadis kurus berusia 11 tahun, hidangan itu cukup mewah. Hidangan tengah hari yang diberikan secara percuma oleh pihak sekolah itu, adalah sajian pertama buat Safira. Malah itu jugalah makanan untuk dia bertahan sampai keesokan hari.

Anak pekerja kilang dan buruh harian itu terpaksa mengharung­i perjalanan selama dua jam untuk mencari kerja, keluargany­a tidak cukup duit untuk memasak makanan di rumah. Makan malamnya pula biasanya hanya sebiji atau dua biji pisang. Apabila pihak sekolah tidak menyediaka­n makanan, Safira akan berlapar sepanjang hari.

“Pada hari pihak sekolah tidak menyediaka­n makanan dan saya pula tidak bawa apa-apa dari rumah, saya tidak akan makan,” katanya sambil berhati-hati mencubit ayam goreng yang terhidang di depannya.

“Saya tidak boleh menumpukan perhatian pada pelajaran apabila berasa sangat lapar. Makanan di sekolah sedap. Di rumah, biasanya saya makan nasi goreng,” tambahnya.

Inisiatif yang dilakukan oleh pihak sekolah adalah langkah terpuji. Sekolah rendah yang kecil di pekan Serang, kira-kira 60 kilometer di barat Jakarta memberikan makanan tengah hari percuma tiga kali seminggu.

Menu untuk murid sekolah itu dirancang dengan teliti dan mengambil kira keperluan untuk sumber karbohidra­t, protein, serat dan vitamin. Bahan mentahnya dibeli dari petani setempat manakala golongan ibu yang mempunyai anak bersekolah di situ bergilirgi­lir memasak hidangan tengah hari itu.

Program bantuan makanan sekolah itu dibiaya oleh Program Makanan Dunia

Pertubuhan Bangsa

Bangsa Bersatu (WFP) dan pedagang komoditi global Cargill Inc. Ia adalah sebahagian daripada usaha pihak berkuasa Indonesia dan agensi bantuan untuk menangani isu kekurangan zat yang dialami jutaan kanak-kanak menyebabka­n pertumbuha­n terbantut dan menyekat potensi mereka.

Berdasarka­n laporan WFP, di Indonesia, satu dalam tiga kanak-kanak berumur antara tiga hingga 14 tahun tidak mendapat makanan berkhasiat.

Keadaan ini lebih buruk di bahagian timur Indonesia yang cuacanya lebih kering di samping masalah kemiskinan kronik dan

 ??  ?? PROGRAM makanan percuma galak kedatangan pelajar ke sekolah. PELAJAR beratur untuk mencuci tangan sebelum menikmati sajian percuma di sekolah. KUMPULAN ibu bergilir-gilir memasak untuk pelajar sekolah yang sering tidak cukup makan.
PROGRAM makanan percuma galak kedatangan pelajar ke sekolah. PELAJAR beratur untuk mencuci tangan sebelum menikmati sajian percuma di sekolah. KUMPULAN ibu bergilir-gilir memasak untuk pelajar sekolah yang sering tidak cukup makan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia