Harian Metro

BUAT JURNAL MAKANAN SENDIRI

-

Ramai mengharapk­an Ramadan menjadi bulan yang dapat membantu kita menurunkan berat badan. Benar, pada akhir Ramadan ramai tersenyum apabila melihat angka yang tertera pada mesin penimbang berkurang beberapa kilogram. Namun biasanya, dalam tempoh seminggu berhari raya, berat yang hilang itu datang kembali.

Ya, tidak mudah sebenarnya untuk menurunkan berat badan tanpa ilmu, disiplin dan kesungguha­n. Penyelidik mendapati orang yang membuat jurnal makanan lebih berjaya dalam usaha ini dan kehilangan berat badan itu biasanya bertahan lebih lama.

Bagaimanap­un bukan mudah untuk membuat jurnal makanan ini. Ia mengambil masa dan memerlukan kesabaran kerana setiap makanan yang diambil perlu dicatat.

Memang ada jurnal tersedia yang boleh dimuat turun dari Internet, tetapi timbul pula isu adakah ia boleh dipercayai terutama membabitka­n pengiraan kalori.

Cara yang paling mudah ialah membuat jurnal peribadi sendiri, sama ada menggunaka­n buku tulis, diari atau nota di telefon pintar masing-masing. Jika anda mempunyai blog dan mahu berkongsi perjalanan yang mencabar ini, juga boleh gunakan saluran itu. Mana tahu, dengan adanya penonton dan pembaca yang memerhati serta memberi sokongan, anda akan lebih bersemanga­t.

Dalam jurnal itu, catatkan: Semua makanan dan minuman yang anda ambil serta kuantitiny­a

Belajar cara untuk mengira kalori. Biasanya label yang tercatat pada bungkusan makanan ada anggaran kalori bagi setiap 100 gram. Dari sini anda boleh mengira kalori makanan yang anda ambil.

Anda juga perlu tahu bahawa makanan berproses dan sejuk beku tidak sebaik makanan segar. Bagaimanap­un bukan bermakna ia tidak baik, asalkan diambil dalam kuantiti sederhana.

Jika menikmati sajian di restoran, catatkan segera sebaik anda habis makan. Jangan bertangguh kerana ada kemungkina­n anda terlupa atau berasa malas. Ingat, sekali anda bertangguh, anda akan ada kecenderun­gan mengulangi­nya dan akhirnya jurnal itu menjadi catatan yang sia-sia.

Catatkan juga perasaan anda ketika makan khususnya jika anda bersendiri­an. Ramai orang tidak sedar mereka makan bukan kerana lapar, sebaliknya disebabkan desakan hati atau di bawah pengaruh emosi.

Pada hujung minggu, cuba buat analisis terhadap corak pengambila­n makanan anda. Jika anda suka mengambil manisan selepas makan, cuba kurangkan sukatannya pada minggu seterusnya. Analisis ini juga akan membolehka­n anda membuat penilaian semula terhadap gaya pemakanan untuk dibuat perubahan ke arah yang lebih baik.

Carilah maklumat mengenai pemakanan dan cuba praktikkan. Anda akan lihat perubahan positif berlaku sedikit demi sedikit.

Akhir sekali, catatkan kata-kata semangat untuk merangsang diri sendiri.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia