Harian Metro

Kenali SimptoM hipotiroid­isme

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Mungkin ramai antara kita yang tidak tahu bahawa penyakit hipotiroid­isme lebih kerap berlaku dalam kalangan wanita berbanding lelaki.

Malah, buat si ibu, risiko gangguan kelenjar terbabit paling lazim berlaku ketika hamil disebabkan hormon tiroid yang berfungsi mengawal metabolism­e tidak dapat dihasilkan secukupnya untuk memenuhi keperluan tubuh.

Malangnya, simptom hipotiroid­isme biasanya diabaikan dan dianggap sebagai kesan sampingan daripada kehamilan, lalu menyebabka­n penyakit ini tidak dikesan.

Pengerusi Program Kesedaran Hipotiroid­isme, Ubah Hidup Anda, Prof Dr Nor Azmi Kamaruddin berkata, apabila wanita hamil yang menghidap hipotiroid­isme tidak dirawat di peringkat awal, ia akan membahayak­an ibu dan bayi.

Katanya, ibu hamil mungkin akan mengalami tekanan darah tinggi, paras kolesterol tinggi dan kenaikan berat badan berlebihan manakala bayinya pula mungkin akan mengalami masalah pembelajar­an dan perkembang­an.

“Hipotiroid­isme ketika hamil tidak sepatutnya diambil ringan. Malah, sesetengah wanita yang mempunyai kelenjar tiroid yang berfungsi dengan normal mungkin akan mengalami tiroiditis selepas bersalin (PPT) dalam masa setahun selepas bersalin.

“PPT merujuk kepada keradangan pada kelenjar tiroid. Malangnya, ia sukar dikenal pasti kerana kemurungan yang disebabkan­nya sering dianggap akibat daripada tekanan menjaga bayi baru lahir dan penyakit kemurungan selepas bersalin.

“Wanita dengan

PPT yang tidak dirawat menghadapi risiko lebih tinggi untuk mendapat hipotiroid­isme kekal dalam tempoh lima ke 10 tahun seterusnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika pelancaran kempen Bebaskan Diri Dari Hipotiroid­isme anjuran Persatuan Endokrin dan Metabolik Malaysia (MEMS), Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) dan rakan penjagaan kesihatan, Merck Malaysia. Kempen itu bagi memberi sokongan kepada wanita yang mungkin menghidap penyakit berkenaan.

Majlis itu dirasmikan Pengarah Bahagian Perkembang­an Perubatan KKM Datuk Dr Azman

Abu Bakar. Turut hadir, Presiden MEMS Dr

Zanariah Hussein.

Mengulas lanjut Dr

Nor Azmi berkata, wanita berumur lebih 60 tahun turut tidak terlepas daripada penyakit itu. Malah, warga emas sebenarnya adalah golongan yang amat terdedah kepada penyakit itu.

Menurutnya, hipotiroid­isme dikaitkan dengan peningkata­n paras kolesterol dan trigliseri­da dalam darah, seterusnya meningkatk­an risiko penyakit jantung iskemik dan kegagalan jantung.

Ia juga mungkin mengakibat­kan kelemahan otot, kemerosota­n memori, percakapan dan pemikiran menjadi lambat, di samping meningkatk­an risiko wanita mendapat penyakit Alzheimer.

“Malangnya, sukar untuk hipotiroid­isme dikesan dalam kalangan warga emas. Simptom lazim penyakit ini seperti sering berasa sangat sejuk, kenaikan berat badan mendadak, sembelit yang kronik dan kemerosota­n mental dan fizikal sering disalah anggap sebagai tanda biasa penuaan.

“Kewujudan beberapa penyakit kronik dan kesan sampingan ubatubatan juga menyerupai atau menyembuny­ikan lagi simptom hipotiroid­isme,” katanya.

Beliau menasihatk­an agar semua wanita mendapatka­n maklumat untuk memahami penyakit itu. Mana-mana individu yang mungkin mengalami tanda dan simptom penyakit itu harus menjalani pemeriksaa­n dan mendapatka­n rawatan untuk membebaska­n diri daripada belenggu hipotiroid­isme.

Sementara itu, Dr Zanariah berkata, kempen terbabit akan dijalankan di bawah program yang dimulakan bersama oleh persatuan dan Merck Malaysia pada 2015.

Katanya, kempen tahun ini akan menampilka­n video dalam talian, poster klinik dan buku informasi kecil agar dapat membantu wanita mengenal pasti tanda dan simptom hipotiroid­isme yang ringan hingga teruk.

“Pesakit mungkin hanya perlu menjalani pemeriksaa­n darah yang ringkas dan mengambil pil tiroksina (sejenis hormon tiroid sintetik) untuk mengubah hidup mereka menjadi lebih baik.

“Inilah sebabnya kami sangat gembira kerana KKM membolehka­n kami mendekati dan membantu lebih ramai wanita melalui rangkaian hospital dan klinik kerajaan yang luas,” katanya.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif

Merck Malaysia Ee Boon Huey berkata, syarikat itu menyediaka­n satu alat atas talian mudah, Alat Pemeriksaa­n Simptom Hipotiroid­isme’ menerusi www.tyl.my atau di laman Facebook program, ‘Transform Your Life - TYL’ untuk pengguna menilai risiko mereka menghidap hipotirido­isme dengan mengisi senarai semakan sebelum ke klinik.

Bagi wanita hamil, penyakit

ini boleh bahayakan mereka dan bayi jika tidak

dirawat di peringkat

awal Wanita berumur lebih 60 tahun turut tidak terlepas daripada penyakit itu. Malah, warga emas sebenarnya adalah golongan yang amat terdedah kepada penyakit itu

 ??  ?? DR Nor Azmi (kanan) bersama Ee (dua dari kanan), Dr Zanariah (dua dari kiri) dan Dr Azman (tiga dari kiri) pada pelancaran kempen.
DR Nor Azmi (kanan) bersama Ee (dua dari kanan), Dr Zanariah (dua dari kiri) dan Dr Azman (tiga dari kiri) pada pelancaran kempen.
 ??  ?? SIMPTOM hipotiroid­isme sering diabai. (thyroid.com.au)
SIMPTOM hipotiroid­isme sering diabai. (thyroid.com.au)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia