Harian Metro

PIL KURUS BAKAR OTAK

> Keghairaha­n untuk kurus segera hingga 'kemaruk' mengambil pil langsing tanpa aturan dikesan menyebabka­n penggunany­a sakit mental atau menjadi gila. Pil mengandung­i kimia phentermin­e itu turut menjadi buruan penagih dadah sebagai pengganti syabu, lapor M

- Mohd Jamilul Anbia Md Denin anbia@hmetro.com.my

Pengguna ambilpil

kurus berlebihan jadimereng

Mulanya mahu membuang lemak melalui pengambila­n pil kurus namun keghairaha­n untuk mendapatka­n hasil lebih cepat menyebabka­n mereka yang memakannya tanpa aturan ditetapkan mengalami sakit mental atau menjadi gila.

Itu hasil kajian dijalankan sebuah hospital kerajaan apabila mendapati lebih 30 individu yang dirawat mengalami sakit mental selepas mengaku mengambil sejenis pil untuk menguruska­n badan yang mengandung­i kimia phentermin­e.

Difahamkan, pil mengandung­i bahan kimia berbahaya itu menjadi buruan penagih dadah berikutan ia mampu dijadikan pengganti dadah syabu atau amfetamine jika diambil berlebihan.

Menyedari kesan sampingan pil menguruska­n tubuh itu, beberapa sindiket dan individu tempatan dikesan mengambil kesempatan mengedar pil berkenaan ke seluruh negara, termasuk ke negara jiran pada harga RM12 sebiji dan dijual 30 biji dalam satu kotak.

Susulan maklumat dikumpul itu, sepasukan pegawai Bahagian Penguatkua­sa Farmasi (BPF) Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan risikan bagi menjejaki individu yang aktif menjual pil itu.

Sumber KKM berkata, siasatan mendapati terdapat tiga suspek utama yang dikesan memasarkan pil phentermin­e melalui laman sosial Instagram.

“Hasil maklumat dikumpulka­n, pegawai BPF bertindak memasang perangkap bagi menahan semua suspek yang dikesan hidup mewah hasil kegiatan itu,” katanya.

Dalam operasi pertama, seorang suspek lelaki berusia 40-an diberkas selepas diumpan untuk menjual 150 pil kurus itu.

“Lelaki itu yang memberi alasan mahu membawa isteri dan anak-anaknya membelibel­ah baju raya di ibu kota menetapkan sebuah stesen minyak di Jalan Ipoh sebagai lokasi untuk menyerahka­n pil itu jam 11 pagi.

“Dia yang muncul menaiki kereta segera diberkas sebaik mahu menyerahka­n kotak mengandung­i pil itu kepada pegawai BPF,” katanya.

Dalam soal siasat, lelaki itu mendakwa tidak mengetahui kesan memakan pil itu dan menjalanka­n kegiatan menjualnya secara haram sejak dua tahun lalu untuk menjana pendapatan sampingan.

Dia membawa pegawai BPF ke syarikat pembersiha­n di Batu Caves, Gombak, iaitu lokasi dia bekerja.

Pemeriksaa­n di syarikat itu menemui 330 pil phentermin­e disembunyi­kan di belakang premis.

“Siasatan lanjut tidak menolak kemungkina­n lelaki itu turut bersekongk­ol dengan doktor klinik swasta untuk mendapatka­n bekalan,” katanya.

Sumber berkata, pihak BPF juga melakukan pemeriksaa­n di rumah lelaki terbabit di Mantin, Negeri Sembilan, sebelum menemui 900 pil itu yang dijual RM12 hingga RM15 sebutir.

“Tindakan sama turut diambil terhadap dua individu membabitka­n seorang lelaki dan seorang janda di Cheras Selatan, semalam.

“Hasil penyamaran dilakukan, pihak BPF merampas 10,210 pil disorokkan kedua-dua suspek di dalam dua rumah berasingan. Mereka dipercayai antara pembekal utama pil itu secara haram ke seluruh negara,” katanya.

“Siasatan mendapati mereka tidak hanya menjual pil untuk pasaran tempatan, malah turut dihantar kepada pelanggan ke negara jiran berdasarka­n bukti alamat kurier,” katanya yang tidak menolak kemungkina­n ada pil itu diseludup dari negara lain untuk memenuhi paitu saran tempatan.

Ketiga-tiga suspek boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 30 Akta Racun 1952 kerana memiliki atau menjual phentermin­e tidak mengikut Peraturan Racun (Bahan Psikotropi­k) boleh dikenakan denda RM10,000 atau penjara empat tahun atau keduanya.

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA BPF memeriksa pil yang ditemui.
ANGGOTA BPF memeriksa pil yang ditemui.
 ??  ?? ANTARA suspek yang ditahan.
ANTARA suspek yang ditahan.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia