Harian Metro

Janna sangkal bakal jadi menantu Sheila

-

Kuala Lumpur: Tindakan penerbit Sheila Rusly memaparkan gambar dua anak lelakinya, Uzair Haqimy dan Luth Mikhail bersama Janna Nick berserta keterangan MyNyawa di laman Instagram mengundang persepsi masyarakat yang menganggap Janna bakal dijodohkan dengan salah seorang anaknya.

Janna, 22, ketika ditemui menafikan perkara itu dan berkata, hubunganny­a dengan famili Sheila ibarat sebuah keluarga.

“Memang tidak terlintas langsung soal itu di fikiran saya. Semua orang tahu kak Sheila tiada anak perempuan dan mempunyai dua anak lelaki.

“Jadi, dia melayan saya seperti anak perempuan yang lebih dekat dengannya,” katanya.

Bagi Janna, apabila anak Sheila meningkat dewasa, mereka buat hal sendiri dan sebagai ibu, Sheila memerlukan anak perempuan yang boleh dijadikan kawan untuk bercerita dan berkongsi apa saja.

“Saya memahaminy­a dan dia faham dengan saya. Apapun saya ambil itu sebagai satu perkara baik untuk mengeratka­n silatulrah­im antara kami.

“Ia satu anugerah buat saya apabila mereka sayangkan saya yang bukan darah daging mereka seperti saudara sendiri,” katanya.

Janna turut menolak dakwaan dirinya serasi jika dijodohkan dengan anak sulung Sheila kerana Haqimy lebih muda daripadany­a dan baru berusia 21 tahun.

“Saya anggap mereka seperti adik sendiri dan tiada apa-apa perasaan, tetapi andai dikatakan takdir dan ketentuan jodoh saya tidak boleh elak.

“Mana tahu suatu hari akan berlaku begitu, tapi buat masa sekarang ini yang boleh saya katakan,” katanya.

 ??  ?? GAMBAR Janna bersama dua anak lelaki Sheila yang dimuat naik di Instagram.
GAMBAR Janna bersama dua anak lelaki Sheila yang dimuat naik di Instagram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia