Harian Metro

Diskaun tol 30 peratus

-

 PLUS tawar rebat tertinggi kepada pengguna kenderaan Kelas 1 untuk perjalanan melebihi 100km bagi pemegang kad PLUSMiles

tol dengan kadar biasa tetapi rebat tol 30 peratus dan 10 peratus yang diberikan akan dimasukkan ke dalam kad

atau dalam bentuk tambah nilai apabila pengguna menambah nilai kad mereka antara 15 Julai hingga 14 Oktober 2017 di pusat khidmat pelanggan di lebuh raya PLUS,” katanya.

Sementara itu, ANIH Berhad, syarikat konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) mengumumka­n pemberian diskaun tol 10 peratus kepada semua kelas kenderaan yang menggunaka­n dan mod pembayaran.

Pengarah Eksekutifn­ya Datuk Nik Fauzi Nik Hussein berkata, pemberian insentif itu akan bermula dari jam 12 tengah malam hingga 11.59 malam pada 25 Jun 2017.

Bagi memastikan kelancaran perjalanan pulang ke kampung, pengguna rangkaian lebuh raya disarankan mematuhi Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarka­n PLUS dan ANIH, sekali gus dapat mengelak kesesakan lalu lintas.

PLUS menjangkak­an sebanyak 1.7 juta kenderaan akan menggunaka­n Lebuhraya Utara-Selatan iaitu meningkat

sebagai 21 peratus daripada hari biasa iaitu 1.4 juta kenderaan.

Manakala purata harian kenderaan yang akan menggunaka­n KKL dan LPT 1 pada waktu puncak dijangka meningkat 73.8 peratus kepada 245,000 kenderaan daripada kira-kira 141,000 kenderaan yang menggunaka­n dua lebuh raya berkenaan pada hari biasa.

Selain itu, MAJU Expressway Sdn Bhd, pengendali Lebuhraya Maju Expressway (MEX) menawarkan laluan tol percuma sempena sambutan Aidilfitri bermula 12 tengah malam hingga 11.59 malam pada 25 Jun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia