Harian Metro

Gesa orang ramai sertai aktiviti pondok

-

Sejak awal pembinaan Pondok Pengajian Ilmu Wahyu, Ustaz Noramin Said, 37, sebagai Mudir berazam mahu menjadikan pondok itu sebagai pusat aktiviti kemasyarak­atan yang tidak terhad kepada pengajian kitab semata-mata.

Katanya, masyarakat perlu turut sama dalam menjayakan aktiviti pondok dan bukan setakat memberikan sumbangan saja.

“Kita bangunkan pondok bukan sekadar untuk menjadi tontonan masyarakat, sebaliknya ada ruang buat mereka bersama kita menimba ilmu dan menyertai pelbagai aktiviti,” katanya.

Menurutnya, pondok itu turut menawarkan pengajian kitab turath kepada orang dewasa setiap Ahad antara waktu Maghrib dan Isyak.

“Sambutan diterima amat menggalakk­an sehingga mencecah 300 orang dan ada yang terpaksa duduk di luar kerana tidak muat di dalam surau.

“Kita sudah khatam tiga kitab setakat ini iaitu Kemanisan Solat, Munyatul Musolli serta al-Yawaqit Wal Jawahir dan kini sedang belajar kitab keempat iaitu Safinatun Najah,” katanya.

Beliau berkata, pondok itu juga turut mengadakan kelas al-Quran termasuk untuk peringkat permulaan bagi dewasa, kuliah bulanan Muslimat, sambutan hari kebesaran Islam dan program khas bersama penceramah jemputan.

Katanya, pihaknya turut menganjurk­an kem cuti sekolah membabitka­n aktiviti fardu ain, Smart Solat, pengurusan jenazah, sembelihan dan daurah kitab secara intensif selama tiga atau empat hari.

Menurutnya, pondok itu juga mempunyai pelbagai kemudahan selesa antaranya surau, asrama pelajar, pejabat, kantin, halaman riadah serta lapan bilik penginapan atau pondok (bersama tandas di dalam) untuk kemudahan pelajar dewasa atau program khas.

“Program bersama masyarakat ini tidak terhad di pondok saja, malah kita turut mengadakan pelbagai aktiviti luar seperti umrah, lawatan sambil belajar dan korban berkelompo­k yang turut mengajar peserta cara sembelihan mengikut syarak serta mereka sendiri yang melakukann­ya,” katanya ketika ditemui.

 ??  ?? NORAMIN
NORAMIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia