Harian Metro

Rela redah denai hutan

-

 Sukarelawa­n PERKASIH N9 cekal agih bantuan sepanjang Ramadan

sumbangan, kami masak sendiri,” katanya.

Selain itu, katanya, PERKASIH N9 aktif membuat pelbagai kerja amal membantu keluarga asnaf dan juga miskin tanpa mengira agama dan bangsa.

“Kami ikhlas menyalurka­n sumbangan kepada orang ramai. Kami hanya menyampaik­an amanah diberi dan PERKASIH N9 hanya pertubuhan yang didaftarka­n khusus membantu golongan memerlukan.

“Alhamdulil­lah, hampir seluruh negeri ini kami redah dalam usaha membantu golongan ini. Ada juga dalam bentuk makanan, barangan seperti kerusi roda, katil khas, memperbaik­i rumah asnaf dan bantuan ubat-ubatan,” katanya.

Menurut Norfadilah, pihaknya kerap mengadakan program (Pasar Percuma) untuk orang ramai mengikut kesesuaian tempat.

Katanya, untuk menjadi sukarelawa­n PERKASIH N9, seseorang perlu sabar dan kaya dengan kasih sayang sesama insan.

“Paling terkesan ialah ketika misi menghantar makanan kepada lima keluarga Orang Asli yang tinggal jauh dalam hutan dan hidup serba kekurangan.

“Sukar kami nak bayangkan bagaimana mereka nak hidup dalam keadaan serba kekurangan tanpa bekalan air bersih dan elektrik. Untuk sampai ke destinasi kami berjalan sejauh lebih dua kilometer melalui trek balak dalam hutan serta Kampung Sungai Jelutong, Kuala Pilah.

“Paling seronok apabila mereka menyambut kami dengan wajah gembira seolah-olah kami saudara mereka,” katanya.

Katanya, walaupun ramai menyukai tindakan dilakukan PERKASIH N9, masih ada segelintir memandang serong seperti menuduh sukarelawa­n ini mengganggu kerana membantu penduduk kampung.

 ??  ?? AHLI PERKASIH N9 yang menyertai misi bantuan.
AHLI PERKASIH N9 yang menyertai misi bantuan.
 ?? Norfadilah ?? SUKARELAWA­N bersama keluarga Orang Asli dekat Kampung Sungai Jelutong, Kuala Pilah. Kami hanya menyampaik­an amanah diberi dan PERKASIH N9 hanya pertubuhan yang didaftarka­n khusus membantu golongan memerlukan”
Norfadilah SUKARELAWA­N bersama keluarga Orang Asli dekat Kampung Sungai Jelutong, Kuala Pilah. Kami hanya menyampaik­an amanah diberi dan PERKASIH N9 hanya pertubuhan yang didaftarka­n khusus membantu golongan memerlukan”
 ??  ?? WARGA emas menerima bantuan di Lenggeng.
WARGA emas menerima bantuan di Lenggeng.
 ??  ?? NORFADILAH (tengah), Timbalan PSrUeKsiAd­eRnE,LMAWurAizN­an Mohamad (mkaenagna)gdihaknanB­endahari, Mohd Fbaaiznatu­l aMnohkdepY­aadzaid (kiri).
NORFADILAH (tengah), Timbalan PSrUeKsiAd­eRnE,LMAWurAizN­an Mohamad (mkaenagna)gdihaknanB­endahari, Mohd Fbaaiznatu­l aMnohkdepY­aadzaid (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia