Harian Metro

Keganasan di masjid

- Agensi

Seorang terbunuh selepas pemandu van rempuh jemaah keluar solat Tarawih

Seorang terbunuh dan 10 lagi cedera selepas sekumpulan Muslim dirempuh oleh sebuah van yang dipandu seorang lelaki berhampira­n sebuah masjid terkenal di utara London, serangan keganasan terbaru yang melanda Britain.

Pemandu berusia 48 tahun itu ditahan selepas dia merempuh orang ramai berhampira­n Masjid Finsbury Park ketika mereka baru sahaja menamatkan solat Tarawih.

Beberapa orang yang berada di tempat kejadian bertindak menahan pemandu berkenaan dan menyerahka­nnya kepada polis.

Menurut saksi, Atukur Arhman, 41, dari Finsbury Park, kejadian bermula ketika beberapa orang cuba membantu seorang lelaki tua yang pengsan selepas keluar dari masjid.

“Lelaki itu keluar dari masjid lalu pengsan. Orang ramai cuba membantuny­a. Tetapi tiba-tiba van itu meluncur laju dan merempuh orang ramai,” katanya.

Saksi lain, Abdulrahma­n Saleh Alamoudi berkata, dia antara beberapa orang yang cuba membantu seorang jemaah yang pengsan di luar masjid, mungkin kerana kepanasan, apabila van itu tiba-tiba menghala ke arah orang ramai dalam keadaan laju.

“Ia merempuh kami. Mujur saya dapat melarikan diri. Lapan atau 10 orang cedera. Pemandu itu keluar dan berkata, ‘Saya akan bunuh semua Muslim. Saya akan bunuh semua Muslim.’ Kami berjaya menangkapn­ya dan menjatuhka­nnya. Dia kemudian berkata, ‘Bunuh saya, bunuh saya.’ Saya memberitah­unya, ‘Kami tidak akan bunuh kamu. Kenapa kamu lakukannya?’ Dia tidak menjawab,” kata Abdulrahma­n.

Masjid Finsbury Park se- belum ini terkenal sebagai hab radikal tetapi ia berubah mendadak di bawah pengurusan baru yang diketuai Mohammed Kozbar.

Imam lamanya, Abu Hamza yang terkenal dengan sebelah tangannya bercangkuk, kini menjalani hukuman penjara seumur hidup di New York atas tuduhan keganasan pada 2015.

Kejadian semalam berlaku hampir tiga bulan selepas Khalid Masood membunuh lima orang di Jambatan Westminste­r.

Awal bulan ini, tiga pelampau merempuh pejalan kaki di Jambatan London sebelum melakukan serangan di Pasar Borough, menyebabka­n lapan orang mati dan mencederak­an 48 yang lain.

 ??  ?? SEBAHAGIAN anggota polis yang berada di luar masjid selepas kejadian itu. - Agensi PEMANDU van yang ditahan selepas kejadian. - Agensi PENYIASAT forensik memeriksa van yang digunakan untuk merempuh jemaah Masjid Finsbury Park. Reuters
SEBAHAGIAN anggota polis yang berada di luar masjid selepas kejadian itu. - Agensi PEMANDU van yang ditahan selepas kejadian. - Agensi PENYIASAT forensik memeriksa van yang digunakan untuk merempuh jemaah Masjid Finsbury Park. Reuters
 ??  ?? KEADAAN berhampira­n masjid sejurus selepas kejadian. - Agensi
KEADAAN berhampira­n masjid sejurus selepas kejadian. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia