Harian Metro

Lee mohon maaf

-

Singapura: Perdana Menteri Lee Hsien Loong semalam meminta maaf kepada rakyat Singapura berkait dengan pertikaian keluarga antara dia dengan adik beradiknya, dan menyuaraka­n rasa teramat kesal kerana peristiwa itu menjejas reputasi republik itu dan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

Dalam kenyataan yang dikeluarka­n Pejabat Perdana Menteri, Lee juga berkata, dia akan membuat satu kenyataan menteri untuk menyanggah tuduhan yang dikenakan ke atasnya, apabila Parlimen bersidang pada 3 Julai depan.

“Saya harap perbahasan awal sepenuhnya di Parlimen akan menolak sebarang keraguan yang sudah tertanam dan mengukuhka­n keyakinan dalam institusi dan sistem pemerintah­an kita,” kata Lee dalam kenyataan itu.

Menurutnya, dia mahu meyakinkan rakyat Singapura bahawa perkara itu tidak akan mengganggu dia dan rakan Kabinetnya daripada tanggungja­wab memerintah negara.

Lee dan dua adiknya terbabit dalam serangan satu sama lain di Facebook dan media antarabang­sa sejak beberapa hari lalu berkait dengan peninggala­n harta bapa mereka, bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew.

Sengketa antara tiga beradik itu tertumpu pada klausa dalam wasiat terakhir Kuan Yew yang menyatakan kediaman lama keluarga itu perlu dirobohkan selepas kematianny­a.

Adik perempuan Lee, Wei Long dan adik lelakinya, Hsien Yang berkata, perdana menteri Singapura itu cuba menghalang rumah itu daripada diroboh kerana mahu mengeksplo­itasi legasi itu untuk kepentinga­nnya, termasuk membentuk anaknya menjadi pemimpin generasi ketiga Singapura. - Agensi

 ??  ?? LEE Hsien Loong
LEE Hsien Loong

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia