Harian Metro

Tiga mata sahaja... 23 pemain wanita negara kekal

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

 FMLLP ringan hukuman Kelantan, namun tolak rayuan KAFA daftar import baru pada sesi perpindaha­n pemain kedua

Derita Kelantan yang dipotong enam mata kini sedikit lega apabila Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) membuat keputusan mengurangk­an hukuman itu kepada tiga mata semalam.

Keputusan badan pengelola Liga Malaysia (Liga-M) itu diumumkan menerusi satu kenyataan semalam selepas mengkaji rayuan KAFA yang menyatakan usaha mereka untuk melengkapk­an pendaftara­n pasukan dengan mengemukak­an pelan pembayaran bagi hutang tertunggak.

KAFA pada 2 Mei lalu dijatuhkan hukuman pemotongan enam mata serta dikenakan sekatan perpindaha­n pemain pada tempoh pendaftara­n pemain kedua Liga-M kerana gagal melengkapk­an pendaftara­n pasukan 31 Mac lalu berikutan masih tidak melangsaik­an tunggakan gaji pemain, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), PERKESO dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Dengan penguranga­n hukuman pemotongan mata itu, skuad The Red Warriors yang sebelum ini menduduki tangga kelapan Liga Super melonjak ke tangga kelima dengan mengumpul 17 mata.

Bagaimanap­un kurang satu masalah, masalah lain pula timbul buat Kelantan. Ini kerana mereka terpaksa melupakan hasrat untuk menggunaka­n khidmat pemain import baru Seydi L Imam selepas FMLLP tetap dengan keputusan untuk mengenakan sekatan perpindaha­n kepada pasukan itu pada tempoh pendaftara­n pemain kedua pada 15 Mei-11 Jun lalu.

FMLLP menolak rayuan itu dengan alasan KAFA masih gagal memenuhi kriteria yang diperlukan dalam proses pendaftara­n bagi sekatan itu boleh dimansuhka­n.

“FMLLP juga tidak dapat memberikan kelulusan budi bicara ke atas permintaan KAFA ini atas sebab perpindaha­n ini tidak memberi impak yang amat positif kepada kedudukan kewangan KAFA,” jelas kenyataan daripada FMLLP.

KAFA sebelum ini merancang untuk membawa masuk penyerang Perancis itu bagi menggantik­an Alessandro Celin untuk berganding dengan pemain import baru dari Lubnan, Abou Bakr El Mel.

Selain itu FMLLP turut menegaskan KAFA perlu melengkapk­an proses pendaftara­n pasukan dengan Kuala Lumpur: Seramai 25 pemain bola sepak wanita kebangsaan disenaraik­an ketua jurulatih Mohd Asyraff Abdullah bagi menjalani latihan pusat fasa akhir sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 KL2017) dari 19 hingga 30 Ogos ini.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan semalam menyatakan 23 pemain daripada kem latihan fasa ketiga Program Kita Juara 2017 dikekalkan dan hanya seorang pemain baru dipanggil iaitu Norshahira Suhaimi dari Sekolah Sukan Malaysia (SSM) Sabah bagi menggantik­an Siti Nur Azzati Shaik Maznan (Kedah).

Kehadiran semula penjaga menyelesai­kan semua tunggakan seperti tarikh yang diberikan sebelum ini pada 31 Oktober depan jika tidak mahu tindakan disingkirk­an ke divisyen bawahan.

gol Roszaini Bakar dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pula menyaksika­n Nurul Athirah Al Jafri, 17, dari SSM Sabah terpaksa digugurkan daripada kem latihan selama enam minggu itu yang dijadual bermula 2 Julai depan.

Selain menjalani latihan di Pusat Jeonsa, skuad wanita Harimau Malaya turut akan menghadiri Kem Bina Semangat di Kem Asahan, Melaka dari 9 hingga 12 Julai ini.

Sementara itu, beberapa siri perlawanan persahabat­an bagi menguji kemampuan skuad bimbingan Asyraff itu turut akan diadakan sepanjang kem latihan pusat fasa akhir.

Sebagai rekod, pencapaian terbaik skuad wanita Harimau Malaya pada Sukan SEA adalah meraih pingat perak selepas tewas 0-1 kepada tuan rumah Thailand pada 1995. - BERNAMA

 ??  ?? PASUKAN Kelantan melonjak ke tangga kelima liga.
PASUKAN Kelantan melonjak ke tangga kelima liga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia