Harian Metro

Usah ‘hanyut’ dengan pujian: Kim Swee

-

Kuala Lumpur: Jurulatih skuad bawah 22 tahun negara (B-22) Datuk Ong Kim Swee mengingatk­an anak buahnya supaya jangan tenggelam dengan pujian kerana misi mereka dalam memburu pingat

(gambar)

emas Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur Ogos ini masih lagi jauh.

Biarpun peminat tempatan mula meletakkan keyakinan kepada pasukan muda negara untuk melakar sesuatu selepas persembaha­n memberangs­angkan dalam siri Jelajah China baru-baru ini, pengendali itu mengakui masih banyak elemen yang perlu dipertingk­atkan anak buahnya.

“Masih terlalu awal untuk menilai walaupun kami mendapat keputusan yang baik di China tempoh hari. Kami tidak boleh cepat berpuas hati kerana tak guna mendapat keputusan baik sekarang tapi di pertanding­an sebenar nanti kami gagal.

“Apa yang penting bagi saya memastikan segala proses persiapan mengikut jadual dan ketika ini pasukan ini masih belum cukup bersedia, kami memerlukan beberapa perlawanan lagi sebelum ke Sukan SEA,” kata Kim Swee kepada Arena Metro semalam.

Skuad B-22 negara mempamerka­n peningkata­n dalam siri Jelajah China apabila menewaskan pasukan muda kelab kaya Guangzhou Evergrande 3-0 pada perlawanan terakhir selepas seri 2-2 dengan Guangzhou R&F pada perlawanan kedua dan kalah 0-1 di tangan skuad China B-22 pada aksi pertama.

Selain mempersiap­kan diri bagi menghadapi Sukan SEA, skuad muda negara juga akan menyertai saingan kelayakan Kejohanan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) B-23 di Bangkok bulan depan.

Sementara itu, Kim Swee yang mengendali­kan pasukan memenangi pingat emas terakhir Sukan SEA 2011 Jakarta memaklumka­n Ariff Farhan Mat Isa masih kekal bersama pasukan meskipun menghilang­kan diri daripada kem latihan sebelum ini.

“Saya sudah mendengar penjelasan­nya dan saya memberikan amaran keras kepadanya supaya tidak mengulangi kesalahan sama. Saya tidak akan berkomprom­i lagi jika perkara ini berlaku lagi dengan mana-mana pemain,” tegasnya yang kini meneruskan latihan pusat pasukannya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia