Harian Metro

Malvika makin menggoda

-

Peminat fanatik filem

Kabhi Khushi Kabhie Gham (K3G) pasti kenal dengan setiap watak dalam filem itu termasuk gadis comel bernama Malvika Raaj yang membawa watak Kareena Kapoor ketika kecil bernama Pooja.

Ketika itu Malvika baru berusia tujuh tahun dan selepas 16 tahun filem itu diterbitka­n, Malvika yang kini berusia 23 tahun menjadi gadis remaja jelita dan menggoda.

Tentu ada yang tertanyata­nya kenapa selepas muncul dalam K3G, kelibat Malvika langsung tidak kelihatan dalam filem lain?

“Ketika berlakon dalam K3G, saya masih terlalu muda dan nakal. Selepas membintang­i filem itu, saya dapat banyak tawaran berlakon tetapi bapa tidak benarkan kerana bimbang pelajaran saya tergganggu.

“Kini selepas saya berjaya menggengga­m segulung ijazah, baru bapa benarkan menyambung semula minat dalam bidang seni. Saya terbabit dalam bidang peragaan yang banyak membantu meningkatk­an keyakinan diri dan berlakon semula,” katanya.

Mengenali Malvika, dia adalah cucu kepada pelakon veteran Jagdish Raj dan anak saudara kepada pelakon Anita Raaj.

Yang pasti, darah seni

Pelakon kanak-kanak filem K3G kini berusia 23

tahun

sudah sedia mengalir dalam dirinya sejak kecil.

“Saya membesar dalam persekitar­an dunia filem. Ketika kecil, Mak cik Anita sumber inspirasi saya dan kini idola saya ialah Deepika Padukone,” katanya.

Kepada yang mahu melihat transisi Malvika daripada pelakon kanakkanak ke alam remaja, saksikan lakonannya dalam filem terbaru berjudul Jayadev arahan Jayanth C Paranjee yang akan dilancarka­n di India, 30 Jun ini.

“Saya tak sabar menantikan tayangan filem itu dan dapat bekerja dengan Jayanth ibarat mimpi menjadi nyata,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia