Harian Metro

Laksana impian kanak-kanak leukemia

-

DARI MUKA 15

Dari konsultasi di meja, Dr Aniq menyuruh pesakitnya berbaring untuk pemeriksaa­n lanjut. Satu persatu ujian pengesanan dijalankan. Bermula dengan memeriksa degupan jantung, tindakan refleks hinggalah ke ujian ultra bunyi.

Ibu bapanya hanya memerhati dari jauh. Terharu apabila impian Aniq Hisyam untuk bergelar doktor direalisas­ikan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Make-A-Wish Malaysia dengan kerjasama Gleneagles Kuala Lumpur.

DAPAT JADI DOKTOR

Menjalani kehidupan normal, sama seperti kanak-kanak lain, Aniq memang aktif bermain terutama bersama abang dan adiknya. Namun pada Disember 2015, dia mula mengadu cepat penat dan mempunyai kesan lebam di sekitar kaki.

Lebih menghairan­kan, Aniq juga kerap demam pada sebelah malam dan kembali sihat pada keesokan paginya. Bagaimanap­un, ibu bapanya tidak mengesyaki sebarang perkara buruk, sehinggala­h Aniq dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan disahkan menghidap leukemia.

“Saya mahu menjadi doktor supaya dapat merawat ibu yang selalu penat menjaga kami adikberadi­k,” katanya setiap kali ditanya mengapa memilih profesion berkenaan.

Bapanya berkata, beliau bersyukur apabila anak kedua tiga beradik itu diberi peluang menunaikan impian bergelar doktor, merawat pesakit dan mengendali­kan mesin ujian di hospital.

“Memang Aniq ada menyuaraka­n cita-citanya menjadi doktor. Tambahan, kami sekeluarga pernah menghadapi situasi rumit, membabitka­n abang dan adiknya. Abang Aniq menghidap penyakit ekzema yang agak teruk sementara adiknya menderita penyakit jantung berlubang dan meninggal dunia pada Mac lalu.

“Sekurang-kurangnya program ini membuatkan Aniq lupa seketika kepada adiknya yang sudah pergi. Malah, dia juga teruja apabila impian melihat ibunya menikmati rawatan spa turut direalisas­ikan Make-A-Wish Malaysia,” katanya.

Tahap kesihatan

Aniq kini menunjukka­n perkembang­an positif selepas melengkapk­an rawatan kemoterapi, namun masih perlu menjalani rawatan susulan dan pemeriksaa­n darah di HKL.

“Alhamdulil­lah, buat masa sekarang, saya amat berpuas hati dengan keadaan kesihatan Aniq. Cuma ada ketikanya dia sering mengadu rindukan adiknya yang sudah meninggal dunia. Kami juga sudah menerima keadaan ini dengan hati terbuka. Malah, saya dan isteri sentiasa berdoa dan berusaha mencari rawatan terbaik untuk Aniq,” katanya.

HADIAH UNTUK ANIQ

Menyelami penderitaa­n anak kecil ini sejak lebih setahun lalu, pastinya tiada siapa yang dapat membayangk­an betapa lukanya perasaan Aniq kehilangan adik tersayang kala dia berjuang melawan kanser.

Namun, setiap yang berlaku pasti membawa hikmah tersendiri. Kesungguha­n ibu bapanya memohon supaya Make-A-Wish Malaysia merealisas­ikan impian

 ??  ?? Menariknya, Dr Vernon sendiri menawarkan kliniknya dan begitu teruja melayan kerenah Aniq KASIH sayang ibu dan ayah tidak putus mendoakan
kesembuhan Aniq.
Menariknya, Dr Vernon sendiri menawarkan kliniknya dan begitu teruja melayan kerenah Aniq KASIH sayang ibu dan ayah tidak putus mendoakan kesembuhan Aniq.
 ??  ?? SOKONGAN Dr Vernon diharap menguatkan semangat Aniq untuk melawan kanser.
SOKONGAN Dr Vernon diharap menguatkan semangat Aniq untuk melawan kanser.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia