Harian Metro

BASAH BERTARAWIH BERATAP LANGIT

- Cox’s Bazar

Berbumbung­kan langit, beralaskan kanvas basah, tanpa dinding dan bertiangka­n buluh. Itulah keadaan daif satu-satunya surau sekumpulan pelarian Rohingya yang menghuni Kem Balukhali, Teknaf, di sini, untuk menunaikan solat sunat Tarawih.

Ditemani bunyi cengkerik serta disapa angin malam yang menusuk dingin kerana musim hujan, solat diimamkan Mohd Hanif dilakukan dalam persekitar­an gelap kerana hanya diterangi satu mentol bulat yang menggunaka­n bateri.

Ketika saya dan Timbalan Presiden Muslim Care Malaysia

Society (Muslim Care) Mohd Johari Ismail bersama Exco, Sham Samad tiba jam 9 malam waktu tempatan, kami hanya mendengar bacaan surah al-Fatihah oleh Mohd Hanif, tetapi tidak tahu dari mana datangnya suara itu kerana keadaan yang gelap.

Kami menggunaka­n lampu telefon bimbit masing-masing sebelum mendapati di depan kami ada sekumpulan jemaah menunaikan

solat Tarawih dalam keadaan daif.

Ini kerana kain pelikat yang dipakai mereka basah kerana solat dilakukan di atas kanvas basah berikutan cuaca hujan sejak kebelakang­an ini di sekitar Cox’s Bazar.

Mohd Johari menyertai mereka berjemaah dan imam meneruskan solat dengan surah al-Fil dalam nada perlahan dan terketar-ketar kerana kesejukan.

Saya pula seakan-akan tidak percaya melihat kesungguha­n jemaah menunaikan Tarawih dalam keadaan tidak selesa kerana keadaan surau berkenaan yang daif.

Apabila lampu telefon bimbit dihalakan di sekeliling, barulah kami tahu ia adalah surau yang dalam pembinaan bagi menggantik­an surau lama yang lebih daif daripada itu.

Longgokan zink dan buluh kelihatan di merata tempat dan kawasan solat yang berukuran 146 meter persegi hanya mampu memuatkan dua saf tanpa alas, manakala mihrab imam adalah di atas kanvas sama digunakan jemaah.

Keadaan di sekeliling juga sunyi menyebabka­n kami dapat mendengar dengan jelas bacaan al-Fatihah ketika sampai ke kawasan penempatan itu selepas mengharung lorong pejalan kaki yang sudah menjadi ‘anak sungai’ sejauh lebih 100 meter dibantu beberapa penduduk kampung yang sudah dihubungi sumber sejak awal.

Kami langsung tidak sedar bahawa sebenarnya kami dikeliling­i ratusan khemah yang menempatka­n pelarian kerana keadaan gelap, selain ia hutan yang dijadikan kem.

Mohd Johari berkata, pengalaman menunaikan solat Tarawih bersama pelarian Rohingya di situ, begitu bermakna buat dirinya kerana ia mendatangk­an rasa insaf apabila melihat mereka terpaksa bersusah payah untuk beribadat.

Katanya, ia sama sekali berbeza dengan keselesaan di negara kita dan di tempat lain serta patut dijadikan iktibar di dalam menegakkan syiar Islam.

“Saya terharu melihat keadaan yang begitu teruk. Tidak dapat digambarka­n bagaimana mereka melalui semua ini. Semoga Allah merahmati mereka,” katanya.

Menurutnya, dia terpanggil untuk masuk ke kem itu biarpun berdepan kekangan cuaca hujan dan keadaan gelap kerana ingin melihat bagaimana pelarian beribadat pada bulan Ramadan, sesuatu yang tidak diketahui umum sebelum ini.

Malah, untuk itu dia terpaksa melalui pengalaman mengharung ‘anak sungai’ yang menjadi laluan masuk pelarian ke kem itu yang menempatka­n 3,000 keluarga.

Sumbangan orang ramai amat diperlukan dan boleh dibuat menerusi Maybank (5644-9041-3882) ataupun Bank Islam (140-140101-4740). Begitu juga dengan Bank Muamalat (14-0100-0765-4717).

Seorang penduduk yang ditemui, Abdul Rasyid berkata, surau berkenaan digunakan sejak enam bulan lalu biarpun masih dalam pembinaan kerana penduduk tiada pilihan lain untuk menunaikan solat berjemaah.

Katanya, kami adalah kumpulan sukarelawa­n pertama memasuki kem berkenaan pada waktu malam kerana sebelum ini, aktivis dan pertubuhan lain hanya masuk pada waktu siang untuk mengagihka­n sumbangan.

Pelarian Rohingya huni Kem Balukhali, Teknaf solat jemaah dalam surau daif di tengah belantara

 ??  ??
 ??  ?? MOHD Johari (kiri) menyertai jemaah pelarian Rohingya yang menunaikan solat Tarawih di Kem Balukhali, Teknaf. PENULIS terpaksa meranduk ‘anak sungai’ sejauh 100 meter untuk sampai ke Kem Balukhali.
MOHD Johari (kiri) menyertai jemaah pelarian Rohingya yang menunaikan solat Tarawih di Kem Balukhali, Teknaf. PENULIS terpaksa meranduk ‘anak sungai’ sejauh 100 meter untuk sampai ke Kem Balukhali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia