Harian Metro

TEBAS LEHER NENEK

Lelaki Orang Asli turut cucuh isteri dengan bara, cederakan bapa mentua dengan parang

- Mohamad Azim Fitri Abd Aziz azimfitri@hmetro.com.my

> Berang kerana dipujuk untuk mendapatka­n rawatan, seorang lelaki Orang Asli berusia 32 tahun mengamuk dengan menetak leher neneknya hingga mati.

Dia yang dipercayai mengalami masalah mental sebelum itu mencucuh muka isterinya dengan bara api dan kemudian menetak belakang badan dan leher bapa mentuanya, lapor Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

Seorang lelaki Orang Asli menetak neneknya hingga maut, isterinya dicucuh dengan puntung bara api hingga melecur manakala bapa mentuanya pula ditetak dengan parang pada belakang badan dan leher.

Kejadian itu berlaku di Kampung Pagar, Kuala Lipis, di sini, kira-kira jam 8 pagi kelmarin selepas suspek yang berusia 32 tahun dikatakan mengalami masalah mental dan berang apabila mahu dibawa mendapatka­n rawatan.

Ketua Polis Daerah Lipis Superinten­dan Azry Akmar Ayob berkata, sebelum kejadian suspek pergi ke rumah kakaknya kira-kira 500 meter dari rumahnya sebelum bersikap pelik dan pengsan.

“Isteri mangsa yang mengetahui mengenai perkara itu segera ke rumah kakak iparnya untuk melihat keadaan suaminya.

“Bagaimanap­un, sebaik suspek sedar daripada pengsan dia terus mencapai bara api yang digunakan untuk memasak dan mencucuh ke muka isterinya menyebabka­n mangsa melecur di muka,” katanya.

Menurutnya, suspek kemudian pergi ke rumah neneknya berusia 76 tahun dan meminta makanan, namun diberitahu rumah itu tidak mempunyai makanan.

Katanya, wanita itu kemudian memberitah­u mahu membawa suspek berubat kerana melihat kelakuanny­a yang agresif.

“Tanpa diduga, suspek masuk ke rumah dan mengambil parang lalu menetak belakang leher wanita itu hingga hampir putus sebelum mangsa mati di tempat kejadian,” katanya.

Azry Akmar berkata, suspek yang bekerja sendiri kemudian berlari semula ke rumahnya sebelum menetak bapa mentuanya di belakang badan dan di leher.

Menurutnya, lelaki berumur 56 tahun itu bergelut dengan suspek dalam keadaan cedera sebelum dibantu seorang pemuda kampung yang akhirnya menangkap suspek sebelum mengikat tangan serta kakinya sementara menunggu polis

“Suspek ditahan polis jam 3.50 petang kelmarin dan Pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang masih melakukan siasatan dan motif kejadian juga dalam siasatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, seorang saksi yang enggan dikenali berkata, dia melihat suspek meracau dalam bahasa tidak difahami selepas diikat.

“Walaupun sudah ditangkap dan diikat, dia masih lagi memaki hamun dan meracau dalam bahasa yang tidak saya fahami,” katanya.

Saksi itu memberitah­u, dia yang dimaklumka­n oleh seorang pengawal keselamata­n yang bertugas di sebuah sekolah di perkampung­an itu segera meninjau keadaan di lokasi pembunuhan sebelum mendapati suspek sudah ditangkap orang ramai dan diikat.

“Saya lihat dia dalam keadaan seolah-olah tidak sedarkan diri dan seperti orang hilang akal dengan meracau selain menjerit meminta dilepaskan.

“Orang kampung turut dimaklumka­n suspek mempunyai masalah mental sebelum melakukan pembunuhan kejam itu. Kami kemudian mengambil keputusan menghubung­i polis melaporkan kejadian,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? SUSPEK diikat sementara menunggu pihak berkuasa tiba. KEADAAN mangsa di lokasi kejadian.
SUSPEK diikat sementara menunggu pihak berkuasa tiba. KEADAAN mangsa di lokasi kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia