Harian Metro

BERBUKA ALA KADAR

Emping beras, kuah kacang kuda dan wade hidangan pelarian Rohingya

-

Keadaan di sini memang tidak boleh digambarka­n kerana ia begitu daif dan hanya bantuan luar dapat membantu kehidupan mereka kerana tidak banyak yang mereka dapat lakukan” Mohd Johari

Ia juga menjadi tempat persinggah­an pelarian yang baru tiba kerana lokasinya terletak berdekatan dengan sempadan Myanmar, iaitu kira-kira 40 minit perjalanan.

“Keadaan di sini memang tidak boleh digambarka­n kerana ia begitu daif dan hanya bantuan luar dapat membantu kehidupan mereka kerana tidak banyak yang mereka dapat lakukan.

“Kita sudah sampaikan amanah penyumbang di sini dan saya mengharapk­an lebih ramai tampil membantu kerja-kerja sukarelawa­n yang menjadi sebahagian daripada dakwah dalam agama,” katanya.

Justeru, katanya, sumbangan orang ramai diperlukan untuk membantu saudara seagama di sana dan boleh dibuat menerusi Maybank (5644-9041-3882), Bank Islam (140-140101-4740) atau Bank Muamalat (14-0100-0765-4717).

Kanak-kanak yang berada di situ juga belajar agama daripada beberapa ustaz termasuk mudir Ayaz Siraj yang bersungguh-sungguh mendapatka­n bantuan luar untuk meneruskan operasi madrasah berkenaan.

Menurut Ayaz, hanya itu yang dapat dilakukan untuk membantu saudara seagama kerana di sekitar kawasan itu terdapat beberapa kem penempatan pelarian.

“Saya berterima kasih kepada Muslim Care dan saudara Islam di Malaysia kerana membantu usaha ini ketika kami sudah tidak berdaya,” katanya.

 ??  ?? Yusmizal Dolah Aling melaporkan dari
Bangladesh
Yusmizal Dolah Aling melaporkan dari Bangladesh
 ??  ?? Emping beras, kuah kacang kuda dan wade menjadi hidangan paling istimewa pelarian Rohingya yang berada di Madrasah Khalid Al Walid di Kuniapalon­g.
Hidangan yang menjadi tradisi mereka itu dikongsika­n bersama saya dan aktivis Muslim Care Malaysia Society (Muslim Care) dalam program Ihya Ramadan yang diadakan di situ.
Ketika tiba jam 6.30 petang waktu tempatan, puluhan kanak-kanak memberikan salam dan riak wajah mereka menampakka­n kegembiraa­n apatah lagi dapat berbuka puasa beramai-ramai dengan pertubuhan yang ingin membantu mereka seperti Muslim Care.
Sebelum berbuka, kami dibawa ke bahagian dapur madrasah itu yang menggunaka­n dapur kayu untuk menyediaka­n juadah.
Sempit dan tidak selesa. Itu rumusan Timbalan Presiden Muslim Care Mohd Johari Ismail yang kelu sebak melihat kedaifan madrasah yang diusahakan lebih tiga tahun lalu.
MOHD Johari menyantuni kanak-kanak pelarian di madrasah berkenaan.
Emping beras, kuah kacang kuda dan wade menjadi hidangan paling istimewa pelarian Rohingya yang berada di Madrasah Khalid Al Walid di Kuniapalon­g. Hidangan yang menjadi tradisi mereka itu dikongsika­n bersama saya dan aktivis Muslim Care Malaysia Society (Muslim Care) dalam program Ihya Ramadan yang diadakan di situ. Ketika tiba jam 6.30 petang waktu tempatan, puluhan kanak-kanak memberikan salam dan riak wajah mereka menampakka­n kegembiraa­n apatah lagi dapat berbuka puasa beramai-ramai dengan pertubuhan yang ingin membantu mereka seperti Muslim Care. Sebelum berbuka, kami dibawa ke bahagian dapur madrasah itu yang menggunaka­n dapur kayu untuk menyediaka­n juadah. Sempit dan tidak selesa. Itu rumusan Timbalan Presiden Muslim Care Mohd Johari Ismail yang kelu sebak melihat kedaifan madrasah yang diusahakan lebih tiga tahun lalu. MOHD Johari menyantuni kanak-kanak pelarian di madrasah berkenaan.
 ??  ?? MOHD Johari menghidang­kan makanan kepada anak pelarian.
MOHD Johari menghidang­kan makanan kepada anak pelarian.
 ??  ?? MOHD Johari meninjau keadaan kawasan kem di Kuniapalon­g.
MOHD Johari meninjau keadaan kawasan kem di Kuniapalon­g.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia