Harian Metro

‘AYAM RAGU’ DALAM HUTAN

Pusat proses ayam di ladang sawit beroperasi dalam keadaan kotor, guna logo halal palsu

- Noor Hidayah Tanzizi am@hmetro.com.my

Tidak hanya kotor dan jijik, malah menggunaka­n logo halal palsu. Itu tindakan berani sebuah premis penyembeli­han dan pemprosesa­n ayam di sebuah ladang sawit di Batu 11, Segari, di sini, semalam.

Dalam operasi yang berakhir jam 6 pagi, proses penyembeli­han ayam di premis berkenaan juga meragukan apabila kerja penyembeli­han dilakukan tiga lelaki warga Nepal dan Bangladesh.

Kegiatan itu dikesan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Cawangan Manjung serta Pejabat Agama Daerah Manjung hasil maklumat awam.

Penolong Pengarah Unit Pengurusan Halal JAIPk Yusri Abdul Rani berkata, pihaknya mendapati premis berkenaan menggunaka­n pek bungkusan mempunyai logo halal palsu tanpa memiliki sijil halal diiktiraf daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Pemeriksaa­n dijalankan mendapati semua pekerja terbabit dalam penyembeli­han ayam di situ tidak mempunyai sijil tauliah dan beroperasi tanpa pengawasan JAIPk.

“Premis berkenaan turut mengaburi pelanggan dengan mempamerka­n sijil tauliah sembelihan milik warga tempatan sedangkan kerja penyembeli­han dilakukan warga asing dan itu meragukan,” katanya.

Menurutnya, kebersihan di premis berkenaan juga di tahap sangat kotor sehingga lantai dan dinding premis berlumut dan turut berbau busuk di kawasan sekitar.

Katanya, semua ayam yang siap dibungkus dipercayai dihantar kepada pelanggan yang kebanyakan­nya peniaga makanan di sekitar daerah Manjung.

“Seorang pekerja Bangladesh di situ mendakwa dia baru bekerja sejak dua bulan lalu dan sebelum ini kerja penyembeli­han dilakukan pekerja Melayu.

“Jika dilihat pada senarai pelanggan, kebanyakan­nya peniaga Melayu yang menjual makanan seperti sate. Kami nasihatkan pengguna terutama peniaga berhati-hati membeli ayam serta memastikan pembekal memegang sijil halal supaya sembelihan mengikut hukum syarak dan terjamin kebersihan­nya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Cawangan KPDNKK Manjung Omar Ismail berkata, pihaknya merampas 15 ayam yang siap diproses dan beberapa dokumen bagi membantu siasatan lanjut mengikut Akta Perihal Dagangan 2011.

“Jika disabitkan kesalahan, pengusaha atau peniaga (syarikat) berkenaan boleh didenda tidak melebihi RM500,000 bagi kesalahan pertama dan RM1 juta bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? KEADAAN pusat penyembeli­han dan pemprosesa­n ayam yang kotor di Batu 11, Segari, Manjung.
KEADAAN pusat penyembeli­han dan pemprosesa­n ayam yang kotor di Batu 11, Segari, Manjung.
 ??  ?? CONTOH plastik pembungkus­an ayam menggunaka­n logo halal palsu.
CONTOH plastik pembungkus­an ayam menggunaka­n logo halal palsu.
 ??  ?? LOGO halal palsu digunakan premis berkenaan.
LOGO halal palsu digunakan premis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia