Harian Metro

AIR MATA RM100 SEJAM

PENGEMIS RAMADAN

- Fardy Bungga dan Mohd Hasbi Sidek am@hmetro.com.my

Berlatih menangis air mata olok-olok dan berlakon sedih untuk meraih simpati orang ramai.

Malah, rata-rata pengemis bermusim yang ditemui wartawan mendakwa kononnya terpaksa mengemis demi mendapatka­n wang untuk membeli juadah berbuka puasa.

Ternyata ‘wayang’ dipertonto­nkan kumpulan pengemis yang membanjiri lokasi tumpuan dan bazar sekitar ibu kota berjaya meruntun simpati orang ramai.

Kegiatan dilakukan pengemis bermusim ini membolehka­n mereka memperoleh sehingga RM500 sehari dengan hanya bermodalka­n bekas plastik yang ditadah kepada orang ramai.

Lebih memburukka­n keadaan apabila kegiatan menagih simpati itu turut dilakukan golongan penagih dadah yang turut ‘menumpang sekaki’ untuk meminta sedekah di bazar Ramadan sekitar ibu kota.

Kepesatan bandar raya Kuala Lumpur yang dihuni hampir 2 juta penduduk itu pastinya membuka peluang golongan pengemis untuk datang menagih simpati orang ramai.

Keadaan ini bukan sahaja diambil peluang pengemis tempatan malah turut diambil kesempatan oleh warga asing berdasarka­n tangkapan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum ini.

Berbekalka­n baju kurung dan tudung lusuh selain anak kecil yang comot, kumpulan pengemis gemar berkumpul di lokasi yang sudah dikenal pasti.

Berdasarka­n risikan dilakukan sebelum ini, lokasi seperti Jalan Masjid India dan Masjid Jamek di sini, sentiasa menjadi tumpuan golongan peminta sedekah.

Tinjauan wartawan di sekitar kawasan itu mendapati beberapa pengemis duduk seawal jam 2 petang untuk menagih simpati orang ramai.

Wartawan cuba mendekati seorang wanita tua bersama anak kecil yang sedang tidur di pangkuanny­a sambil memegang bekas plastik.

Sebaik memberikan wang sedekah, wartawan cuba memulakan perbualan dengan wanita itu sambil menghulurk­an sedikit makanan juadah berbuka yang dibeli di gerai berhampira­n.

Apa yang mengejutka­n apabila mendapati wanita itu yang mengaku berasal dari selatan tanah air datang mengemis di kawasan tumpuan utama di ibu kota setiap kali Ramadan.

Ternyata, sikap pemurah orang ramai yang banyak menderma pada Ramadan membuatkan dia dan anaknya itu sanggup bersusah payah menaiki bas dari Johor Bahru sejauh lebih 450 kilometer untuk ke Kuala Lumpur.

Katanya, setiap hari dia mampu memperoleh­i pendapatan mencecah RM100 hanya dalam tempoh kurang sejam.

“Setiap bulan puasa, mak cik datang ke sini. Makcik orang susah, nak kerja pun tak mampu. Ini sajalah yang makcik mampu lakukan,” katanya. Seorang lagi pengemis mengaku hanya akan datang ke bazar di Jalan Masjid India setiap bulan Ramadan kerana pendapatan­nya lebih tinggi berbanding biasa.

Katanya, kebiasaann­ya dia hanya menjual gula-gula dan tisu di kawasan sekolah di Sentul.

Sementara itu, peniaga di bazar Ramadan ini yang hanya mahu dikenali sebagai Hassan, 32, berkata, kegiatan meminta sedekah bermula seawal hari pertama umat Islam berpuasa.

Katanya, bilangan mereka akan bertambah setiap hari ekoran sikap pengunjung yang suka menghulurk­an sumbangan kepada mereka.

“Selain itu, mereka juga akan menunggu waktu berbuka berhampira­n gerai yang menjual makanan dan minuman. Mereka tahu peniaga akan memberikan mereka lebihan makanan yang tidak terjual.

“Ada bermacam cara mereka gunakan, ada yang menjual tisu dan ada yang duduk di satu tempat sambil menadah bekas meraih simpati orang ramai untuk memberikan sedekah kepada mereka,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan pengemis di kawasan bazar itu tidak duduk lama dan hanya mengambil masa sejam hingga dua jam sebelum berpindah ke kawasan lain.

Walaupun kasihan dengan nasib mereka namun dia mengharapk­an pihak berkuasa akan menahan mereka untuk memudahkan mereka diberi bantuan sepatutnya.

“Bukan semua yang betul-betul miskin, ada yang berpura-pura mengemis dan mengambil kesempatan ke atas kemurahan hati umat Islam ketika Ramadan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? WARGA emas meraih simpati orang ramai di Masjid India.
WARGA emas meraih simpati orang ramai di Masjid India.
 ??  ?? KANAK-KANAK menjadi modal pengemis meminta duit.
KANAK-KANAK menjadi modal pengemis meminta duit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia