Harian Metro

BERGILIR MENYELAM CARI ADIK

 Lelaki OKU ditemui di dasar Sungai Tanjung Niah

-

Demi mencari adiknya yang dihanyutka­n dalam banjir kilat di Hulu Langat Sabtu lalu, tiga beradik sanggup bergadai nyawa dengan menyelam ke dalam sungai sebelum mereka menjumpai mayat saudara mereka Taufik Alias, 24, kelmarin.

Abang sulung arwah, Khaidirrat­ul Alias, 28, berkata, dia bersama dua adiknya iaitu Mustakim Alias, 26, dan Khusairy Alias, 20, disertai empat lagi rakan mereka membina rakit sendiri untuk digunakan bagi mencari Taufik yang hilang di sungai berhampira­n Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Dusun Tua, Hulu Langat.

“Kami menyelam dengan membawa rakit yang dibina menggunaka­n pelampung untuk mencari Taufik di setiap dasar sungai bermula jam 12 tengah hari (semalam). Setelah sejam 30 minit kami bertukar giliran menyelam (dengan hanya menggunaka­n gogal) dan berehat di atas rakit itu. Luluh hati kami akhirnya apabila menemui mayat Taufik tersangkut pada pohon kayu dengan kepalanya tenggelam dalam air manakala kakinya terapung,” katanya, di sini, semalam.

Khaidirrat­ul berkata, mereka segera membawa mayat Taufik yang ditemui di Sungai Tanjung Niah, Hulu Langat selepas tiga hari dihanyutka­n arus sungai itu menaiki rakit sehingga ke tebing sungai sebelum dilaporkan kepada polis.

Mayat Taufik yang juga anak ketiga daripada lima beradik itu kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) sebelum dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Impian Langat, kelmarin.

Katanya, mereka nekad untuk menyelam dan menggunaka­n rakit bagi mencari Taufik pada hari ketiga berikutan usaha mencari yang dilakukan mereka melalui jalan darat tidak berjaya menemukan adik ketiganya itu.

Katanya, ketika kejadian pada Sabtu lalu, Taufik yang juga orang kurang upaya (OKU) sedang dalam perjalanan ke rumah di Kampung Dusun Nanding setelah pulang daripada kerja di kebun milik keluargany­a di Sungai Lui untuk berbuka puasa.

Khaidirrat­ul berkata, Taufik yang mengalami gangguan mental selepas kemalangan beberapa tahun lalu keluar rumah pada jam 10 pagi dan disedari hilang selepas tidak pulang ke rumah sehingga rakaman video menunjukka­n Taufik dihanyutka­n air sungai dengan memakai topi keledar tersebar.

Beliau berkata, rakan mereka yang berada berhampira­n Taufik ketika kejadian memberitah­u arwah tidak dapat menyelamat­kan diri kerana arus sungai yang deras selepas terjatuh ke dalam sungai berkenaan ketika menunggang motosikal.

Sabtu lalu, satu rakaman video berdurasi 44 saat tular di laman sosial dan menunjukka­n mangsa yang terkapai-kapai dibawa arus ke arah Sungai Serai, sambil beberapa penduduk di kawasan berhampira­n menjerit dan mengarahka­nnya menuju ke tebing sungai.

Mangsa dipercayai terjatuh ke sungai berkenaan ketika menunggang motosikal. – BERNAMA

Luluh hati kami apabila menemui mayat Taufik tersangkut pada pohon kayu dengan kepalanya tenggelam dalam air manakala kakinya terapung” Khaidirrat­ul

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA keluarga mengusung mayat Taufik dari dasar sungai.
ANGGOTA keluarga mengusung mayat Taufik dari dasar sungai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia