Harian Metro

NIKAH DI MAKKAH

-

Kuala Lumpur: “Alhamdulil­lah dan terima kasih atas doa.”

Demikian status laman sosial anak perempuan kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi iaitu Datuk Nurulhiday­ah yang selamat diijabkabu­lkan dalam satu majlis ringkas di Makkah, semalam.

Nurulhiday­ah, 39, berkongsi berita gembira itu menerusi laman sosial Instagram miliknya jam 6 petang semalam (waktu Malaysia).

Majlis pernikahan itu diadakan secara tertutup di Masjidilha­ram jam 10 pagi waktu tempatan.

Difahamkan, suami Nurulhiday­ah, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff, 47 adalah ahli perniagaan dan Pengarah Urusan Menara Rezeki Sdn Bhd.

Memetik laporan sebuah portal berita, Nurulhiday­ah mengaku bertemu dengan Saiful Nizam menerusi beberapa mesyuarat berkaitan perniagaan.

“Syukur pada Allah kerana segala yang dirancang berjalan lancar. Saya tidak mampu mengucapka­n betapa gembira dan bersyukurn­ya kerana niat untuk mendirikan rumah tangga di masjid paling agung dimakbulka­n oleh-Nya.

“Bahkan, saya juga tidak dapat menyembuny­ikan kegembiraa­n kerana ahli keluarga khususnya abah dan mak serta ahli keluarga dan kenalan terdekat turut bersama-sama meraikan hari bahagia saya,” katanya kepada portal berita berkenaan.

Hadir sam, ibu Nurulhiday­ah, Datin Seri Hamidah Khamis dan pasangan suami isteri, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dan Datuk Siti Nurhaliza.

 ??  ??
 ??  ?? AHMAD Zahid dan Hamidah (kanan) bersama pasangan pengantin.
AHMAD Zahid dan Hamidah (kanan) bersama pasangan pengantin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia