Harian Metro

Memandu perut ditusuk penyamun

-

Kuala Lumpur: Memandu dengan gunting masih tertanam di perut dari Kajang ke Kampung Baru, di sini, selepas ditikam dalam kejadian samun di Lebuhraya Utara-Selatan, dekat Kajang, malam Jumaat lalu.

Itu keputusan nekad dilakukan seorang anggota tentera untuk menyelamat­kan diri daripada empat lelaki yang menahan kenderaan dinaikinya sebelum menyamun dan menikamnya dalam kejadian jam 9 malam.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa yang berusia 25 tahun memandu kereta seorang diri dan dalam perjalanan dari Melaka ke ibu negara.

Sumber polis berkata, mangsa turut bergelut dengan empat suspek yang menyamunny­a menyebabka­n dia ditikam sebelum wang tunai dan telefon bimbit dilarikan.

“Ketika memandu secara tiba-tiba kereta mangsa dihalang sebuah kereta yang tidak dapat dikenal pasti jenisnya menyebabka­n mangsa berhenti.

“Kemudian keluar empat lelaki dipercayai warga tempatan dan cuba menyamun mangsa menyebabka­n berlaku pergelutan sehingga dia ditikam di perut dengan gunting,” katanya.

Beliau berkata, mangsa memandu ke Kampung Baru dipercayai ke rumah rakan wanitanya untuk mendapatka­n bantuan.

“Sebaik tiba di Kampung Baru, rakan wanitanya membawa mangsa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatka­n rawatan. Laporan polis dibuat sejurus kemudian di pondok polis HKL.

“Berdasarka­n laporan berkenaan, pegawai penyiasat menyerahka­n kes kepada Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kajang memandangk­an lokasi kejadian di daerah itu,” katanya.

Menurutnya, pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dimaklumka­n mengenai kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan.

 ??  ?? KEADAAN mangsa samun yang ditikam di perut dengan gunting.
KEADAAN mangsa samun yang ditikam di perut dengan gunting.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia