Harian Metro

‘Itu bukan saya’

Alyah nafi dia penyanyi ditawarkan bayaran RM300

- Nazri Abu Bakar am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Penyanyi popular Datin Alyah menafikan dia adalah penyanyi yang ditawarkan bayaran RM300 bagi menjayakan program malam raya dengan sebuah stesen TV.

Menurut Alyah, dia enggan masuk campur status yang dimuat naik suaminya, Datuk Ramli MS di laman Facebook sehingga namanya dikaitkan dalam masalah itu.

“Banyak yang bertanya perkara ini kepada saya. Kalau bukan rakan yang beritahu, memang saya tak ambil tahu pun. Ingin dijelaskan individu yang dimaksudka­n itu bukan saya.

“Bukan apa, selama ini saya dan suami menguruska­n kerjaya masing-masing. Jadi apabila status itu tular di Internet, saya tak pasti siapa yang dimaksudka­n. Saya pun tak bertanya kepada suami,” katanya kepada Harian Metro.

Bagaimanap­un, Alyah berkata, dia pernah menerima bayaran lebih rendah daripada itu ketika awal kemunculan­nya sebagai penyanyi.

Pada masa sama, Alyah tidak menafikan sekarang masih ada segelintir rakan artis yang ditawarkan harga sebegitu daripada stesen TV.

“Bagi saya. perkara ini bukan sesuatu yang baru. Jadi apabila ia terjadi lagi, ia tidak mengejutka­n. Ternyata dari dulu sampai sekarang sama saja.

“Sepatutnya pihak stesen TV perlu mengambil kira keadaan semasa sebelum menawarkan harga kepada artis,” katanya.

Terdahulu, status yang ditulis pengarah muzik Ramli MS tular apabila dia menyatakan ada stesen TV menawarkan RM300 kepada penyanyi bagi menjayakan program malam raya.

Menerusi status sama, Ramli mempersoal­kan bayaran itu tidak berbaloi pada zaman sekarang dan membanding­kannya dengan tahun 1972.

Bagi saya, perkara ini bukan sesuatu yang baru Alyah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia