Harian Metro

ARindu arwah ayah, emak

Dua beradik mangsa nahas beraya di hospital ditemani sanak-saudara

- Rudy Syareme Sheriffudi­n am@hmetro.com.my

Tiada lagi keenakan juadah ayam masak merah dan nasi lemak air tangan arwah ibu buat dua beradik selepas ibu bapa mereka pergi selama-lamanya.

Itu kesedihan dua beradik yatim piatu, Khairiyah Alisha Khosim, 10, yang pasti amat merasai kehilangan insan tersayang berbanding adiknya, Khaira Amni, 17 bulan.

Mereka yatim piatu selepas ibu, Khairunisa Ahmad Kamaluddin, 31, dan bapa, Khosim Ismail, 32, meninggal dunia apabila lori dinaiki empat beranak itu terbabit kemalangan di Kilometer 155, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara dekat Sungai Bakap, 28 April lalu.

Sejak itu mereka menjadi penghuni di wad Hospital Pulau Pinang (HPP) hampir dua bulan akibat kecederaan dan Khairiyah pasti menyambut Aidilfitri di katil hospital manakala adiknya dibenarkan keluar wad dua minggu lalu.

Khairiyah dijaga ibu dan bapa saudara termasuk nenek dan kehadiran 1 Syawal nanti cukup memilukan kerana berhari raya di hospital buat kali pertama.

Khairiyah berkata, sejak dimasukkan ke Wad Pediatrik HPP bersama Khaira Amni akibat parah di kaki, dia sudah menjalani beberapa pembedahan.

“Selain kaki kanan dimasukkan empat besi kerana patah, kecederaan di kaki kiri pun belum sembuh sepenuhnya.

“Saya kini menunggu keputusan doktor untuk menjalani satu lagi pembedahan dalam tempoh terdekat.

“Saya bersyukur Khaira Amni dibenarkan keluar dari HPP dua minggu lalu dan kini dijaga ibu saudara, Nor Hanisah Ismail dan tinggal di hotel berdekatan HPP.

“Saya rindu arwah ayah dan ibu apatah lagi menjelang hari raya seperti ini. Tetapi saya perlu kuat dan cekal, begitu juga sokongan ahli keluarga lain yang menjadi tempat kami menùmpang kasih. Mereka sangat baik melayan kami,” katanya.

Khairiyah berkata, dia bersyukur kerana mempunyai nenek, datuk, bapa serta ibu saudara yang tidak pernah mengeluh dan berkorban menguruska­n dia dua beradik, lebih-lebih lagi mereka yang berasal dari Jerantut, Pahang perlu berkampung di HPP sejak kemalangan berkenaan.

Sementara itu, bapa saudaranya, Khalib Ismail, 29, berkata, Khairiyah menunggu laporan doktor untuk menjalani pembedahan terakhir pada kaki kanan dan kiri tidak lama lagi.

Beliau berkata, selepas itu, mereka akan pulang ke Jerantut dan tinggal di sana.

Dalam kemalangan jam 5.30 petang, 28 April lalu, lori dipandu Khosim yang membawa muatan sabun merempuh lori lain yang berhenti di lorong kecemasan menyebabka­n dia dan isterinya meninggal dunia di tempat kejadian.

Selain kaki kanan dimasukkan empat besi kerana patah, kecederaan di kaki kiri pun belum sembuh Khairiyah Alisha

 ??  ?? KHAIRIYAH Alisha (tengah) dan adiknya Khaira Amni ditemani Khalib dan Nor Hanisah di Hospital Pulau Pinang.
KHAIRIYAH Alisha (tengah) dan adiknya Khaira Amni ditemani Khalib dan Nor Hanisah di Hospital Pulau Pinang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia