Harian Metro

Semaian budi McFamily

- Mazizul Dani mazizul@hmetro.com.my

Sejak awal kewujudan terutama selepas perniagaan berkembang maju kira-kira 145 tahun lalu, keluarga Alireza yang mengasaska­n Haji Alireza

Group, syarikat tertua dan disegani di Arab Saudi, sudah menabur bakti kepada masyarakat dunia.

Presiden Reza Group yang meneruskan legasi itu,

Sheikh Abdullah Alireza berkata, keluargany­a mula membina sekolah dan menyediaka­n air untuk jemaah haji sejak lebih satu abad lalu.

“Datuk saudara saya bina sekolah di Makkah, Jeddah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain yang dibiayai menggunaka­n wang poketnya sendiri kerana ketika itu tiada sekolah yang mengajar selain daripada agama.

“Keluarga kami juga memasang saluran paip dari Jeddah ke Makkah untuk menyalurka­n air minuman kepada jemaah haji dari seluruh dunia,” katanya ketika ditemui Harian Metro semasa kunjungan ke sana anjuran McDonald’s Malaysia.

Jelas Sheikh Abdullah, projek saluran air itu kemudian diambil alih kerajaan manakala pembiayaan sekolah itu diteruskan menerusi Yayasan Al-Falah yang turut menerima sumbangan daripada komuniti setempat.

Ternyata benih amal kebajikan sudah pun subur dalam keluarga Alireza dan diteruskan sehingga kini termasuk oleh anak syarikat Reza Group iaitu Reza Food Services (RFS) yang diterajui Pengurus Besar, Abdulrahma­n Alireza.

RFS mengendali­kan 102 restoran McDonald’s di selatan dan barat Arab

Saudi termasuk 23 restoran di Makkah dan Madinah sejak 1994 sebelum menjadi pemegang Lesen Pembanguna­n (DL) untuk pasaran Malaysia dan Singapura sejak 1 Disember 2016 menerusi Lionhorn Pte Ltd.

Menerusi McDonald’s, aktiviti tanggungja­wab sosial korporat (CSR) sudah sebati dalam

kalangan 3,350

kakitangan mereka sebagai sebuah keluarga besar iaitu McFamily.

Pengarah Kanan Hal Ehwal Korporat RFS, Mohammed Alireza berkata, pelbagai kempen dan aktiviti kebajikan dilakukan termasuk ketika Ramadan.

“Kami anjurkan kempen Buku Ramadan apabila jualan buku dibuat di semua restoran dan wang hasil jualan disumbangk­an ke badan kebajikan yang kami pilih.

“Sepanjang Ramadan juga, kami adakan kempen Sebarkan Kebaikan dengan setiap pembelian set Ramadan atau Ayam McArabia oleh pelanggan, McDonald’s akan derma satu hidangan nilai bagi pihak mereka kepada rumah kebajikan,” katanya.

Sementara itu, keluarga baru RFS iaitu Gerbang Alaf Restaurant­s Sdn Bhd yang

 ??  ?? Pada 2016 saja, lebih 2,000 aktiviti sudah dilaksanak­an seperti gotong-royong dan sumbangan makanan kepada anak yatim, rumah orang tua, aktiviti sukan, acara sekolah, acara komuniti dan hari guru”
Pada 2016 saja, lebih 2,000 aktiviti sudah dilaksanak­an seperti gotong-royong dan sumbangan makanan kepada anak yatim, rumah orang tua, aktiviti sukan, acara sekolah, acara komuniti dan hari guru”
 ??  ?? MCDONALD’S Arab Saudi gigih melaksanak­an CSR sebagai tanda penghargaa­n kepada pelanggan.
SHEIKH Abdullah (kanan) ditemu ramah wartawan Harian Metro.
MCDONALD’S Arab Saudi gigih melaksanak­an CSR sebagai tanda penghargaa­n kepada pelanggan. SHEIKH Abdullah (kanan) ditemu ramah wartawan Harian Metro.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia