Harian Metro

RM1,000 ditemui bersama suspek

-

Klang: Padah buat seorang penjenayah apabila ditahan semula dalam tempoh kurang 24 jam di Kampung Baru Hicom, Shah Alam selepas melarikan diri daripada tahanan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Klang Utara, petang kelmarin.

Difahamkan, lelaki warga Indonesia berusia 27 tahun berkenaan ditahan jam 7 pagi semalam selepas menerima maklumat awam.

Sebelum itu suspek yang dipercayai terbabit dalam kejadian samun dan merogol suri rumah di Kampung Rantau Panjang, di sini, pada 7 Jun lalu melarikan diri melalui tandas IPD Klang Utara dengan keadaan tangan bergari jam 3 petang.

Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata siasatan awal mendapati suspek berpura-pura mahu membuang air namun dia kemudian mengopak jeriji besi pada tingkap di tandas itu.

“Siasatan polis mendapati suspek mengikat seluar yang dipakainya pada jeriji besi sebelum menariknya untuk membuka ruang baginya melarikan diri daripada pejabat Jabatan Siasatan Jenayah.

“Berikutan itu, polis mengadakan gerakan mengesan suspek secara besar-besaran termasuk menggunaka­n Unit Anjing Pengesan (K9) dan akhirnya lelaki terbabit berjaya ditemui bersembuny­i di sebuah rumah di Kampung Baru Hicom, jam 7 pagi tadi (semalam),” katanya ditemui selepas merasmikan Op Selamat 11, di sini.

Katanya, sepanjang tempoh melarikan diri, suspek sempat menyamun dan hampir merogol seorang wanita di sebuah rumah di kampung berkenaan.

“Ketika ditahan, polis menemui wang tunai RM1,000 bersamanya dan ada penduduk kampung mendakwa suspek cuba merogol adik perempuann­ya,” katanya.

Menurutnya, suspek dipercayai

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia