Harian Metro

Harap ihsan RM10,000

- Nur Izzati Izzah Nadzi am@hmetro.com.my

 Rumah kebajikan Nur Sakinah belum berpeluang mendaftar

Sejak ditubuhkan lima tahun lalu, rumah kebajikan Nur Sakinah di Taman Subang Murni, dekat sini, masih belum berpeluang membuat pendaftara­n seperti yang diwajibkan pihak berkuasa.

Bukan tidak mahu berbuat demikian namun mereka memerlukan dana RM10,000 untuk melakukann­ya.

Pengurusny­a Shafiyah Azmi, 27, berkata, dana itu digunakan untuk menyediaka­n keperluan bagi proses pendaftara­n selain mengikut syarat ditetapkan.

“Sehingga kini, kami masih belum berdaftar kerana memerlukan dana dan sumbangan orang ramai untuk menyelesai­kan masalah ini. Kami tiada masalah berkaitan bomba atau penduduk kerana mereka menerima seadanya rumah kebajikan ini.

“Namun, disebabkan kekurangan dana untuk mendaftar, kami tidak dapat menerima mana-mana bantuan daripada agensi berkaitan tetapi hanya menerima bantuan daripada individu serta sukarelawa­n,” katanya.

Rumah kebajikan itu menempatka­n 31 anak yatim, fakir miskin dan asnaf berusia empat tahun hingga enam tahun.

Shafiyah ditemui pada penyerahan sumbangan 10 kotak rezeki besar mengandung­i barangan keperluan asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak dan pelbagai lagi selain wang zakat RM3,500 menerusi program #HMKotakRez­eki2017 semalam.

Sumbangan disampaika­n Pengurus Affin Bank Berhad Cawangan Denai Alam Hilmi Iskandar Hashim bersama Ketua Biro Harian Metro Selangor Fuad Hadinata Yaacob.

#HMKotakRez­eki2017 dijayakan dengan kerjasama Affin Bank dan Affin Islamic Bank selaku penaja utama.

Penaja lain termasuk pasar raya Giant, Watsons Malaysia, Yayasan Kesejahter­aan Bandar, Richwell, Lifebuoy, Massimo by The Italian Baker Sdn Bhd, Perfect Food Manufactur­ing (M) Sdn Bhd dan Quaker manakala Poslaju sebagai rakan kurier rasmi.

Shafiyah turut memaklumka­n pihaknya memerlukan kenderaan pelbagai guna untuk kegunaan rumah kebajikan itu.

Sementara itu, Hilmi Iskandar berkata, bantuan itu adalah inisiatif Affin Bank bersama Affin Islamic Bank dan Harian Metro untuk menghulurk­an bantuan kepada rumah kebajikan terpilih melalui sebahagian wang zakat daripada pihaknya.

“Affin Bank bekerjasam­a dengan Harian Metro mengenal pasti rumah kebajikan yang memerlukan bantuan dan wang zakat ini diharap dapat meringanka­n beban mereka,” katanya.

 ??  ?? KETUA Biro Harian Metro Shah Alam, Fuad Hadinata Yaacob (tengah) bersama Hilmi (dua
dari kanan) menyampaik­an #HMKotakRez­eki2017 kepada Pengurus Pusat Jagaan Nur
Sakinah, Shafiyah Azmi
Subang Murni, Shah Alam.
KETUA Biro Harian Metro Shah Alam, Fuad Hadinata Yaacob (tengah) bersama Hilmi (dua dari kanan) menyampaik­an #HMKotakRez­eki2017 kepada Pengurus Pusat Jagaan Nur Sakinah, Shafiyah Azmi Subang Murni, Shah Alam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia