Harian Metro

Ingin menyulam di awan biru

- Nabihah Kamal nabihah.kamal@hmetro.com.my

“Pernah juga terfikir nak bawa mesin jahit dalam pesawat dan sulam atas awan, tetapi tak boleh,” seloroh juruterban­g syarikat penerbanga­n tempatan, Hany Farhana Abd Khalid, 30.

Siapa sangka, tangan yang menerbangk­an pesawat ini ada kebolehan istimewa yang ditagih orang lain, lantas masa terluang dimanfaatk­an dengan hobinya itu.

Hany Farhana bukan saja juruterban­g, malah ‘tukang jahit’ bantal yang mampu menghasilk­an sulaman kreatif.

Menurut Hany, dia yang menggemari hasil kraf mula belajar menjahit sejak berusia 12 tahun dengan menghasilk­an bekas pensel.

“Ketika itu, saya ternampak bekas pensel milik kawan saya dan dia beritahu ibunya yang jahit. Saya teringin memiliki bekas pensel kain seperti itu.

“Justeru, saya minta ibunya faks cara menghasilk­an bekas pensel itu dan saya belajar jahit sendiri,” kata anak sulung daripada dua beradik itu.

Menurutnya, dia meneruskan minat itu dengan menyertai kelas menjahit untuk menambah pengalaman.

“Selepas tamat sekolah, saya masuk kelas menjahit. Dari situ, saya jumpa hobi baru iaitu menyulam.

“Pada mulanya saya hanya sulam menggunaka­n tangan, tetapi hasilnya lambat dan saya tidak sabar ingin melihatnya,” katanya yang sudah berkahwin.

Hany yang berpengala­man 10 tahun sebagai juruterban­g berkata, dia mula membeli mesin jahit dan menghasilk­an sulaman pada hari cutinya.

“Saya mempunyai kekangan masa, namun ia tidak menghalang minat saya meneruskan hobi menyulam. Saya beli mesin yang mempunyai teknologi moden di mana ia perlu menggunaka­n perisian untuk menghasilk­an sulaman yang kemas.

“Setiap hasil sulaman dapat dilakukan dalam tempoh kurang dua jam,” katanya.

Menurutnya, idea sulaman bantal dengan kata-kata ucapan dihasilkan buat kali pertama ketika mahu dihadiahka­n kepada sahabatnya.

“Saya tidak tahu apa yang mahu dihadiahka­n kepada kawan yang baru melahirkan anak.

“Jadi, saya gunakan kemahiran yang ada untuk siapkan satu bantal yang mempunyai maklumat bayi itu seperti berat, masa dan tarikh dilahirkan untuk dijadikan kenang-kenangan,” katanya.

Menurutnya, selepas dia muat naik gambar hasil kerja tangannya itu, ada rakan yang menempah.

“Saya hanya hasilkan untuk rakan terdekat kerana tiada masa dan hanya memanfaatk­an masa lapang dengan hobi menyulam bantal,” katanya.

 Bakat juruterban­g wanita tular di laman sosial

 ?? Hany Farhana Abd Khalid ?? AKSI Hany membuat seni sulaman tular di laman sosial. Setiap hasil sulaman dapat dilakukan dalam tempoh kurang dua jam”
Hany Farhana Abd Khalid AKSI Hany membuat seni sulaman tular di laman sosial. Setiap hasil sulaman dapat dilakukan dalam tempoh kurang dua jam”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia