Harian Metro

Kekal mesra pelabur

 Kerajaan jadikan Malaysia destinasi menarik untuk FDI dari seluruh dunia

-

Barisan Nasional (BN) akan kekal menjadi kerajaan yang mesra pelabur, menjadikan Malaysia destinasi menarik untuk pelaburan langsung asing (FDI) dari seluruh dunia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, semalam.

Beliau berkata, Malaysia akan terus mengalu-alukan pelabur dari luar negara dan untuk bekerja dengan peniaga Malaysia demi manfaat pelabur dan juga rakyat tempatan.

“Sama ada pelaburan itu dari China, Jepun, Arab Saudi, Amerika Syarikat atau Singapura, mereka menambah nilai kepada ekonomi kita, mewujudkan lebih banyak kerja, membawa teknologi baru. Anda pastinya amat dialu-alukan untuk melabur di Malaysia,” katanya ketika merasmikan upacara pecah tanah bagi pembanguna­n Bukit Bintang City Centre (BBCC) dan Mitsui Shopping Park LaLaport KL (LaLaport KL), di sini.

Najib berkata, perbadanan global yang lain dari seluruh dunia akan dapat melihat Malaysia terus menjadi destinasi pelaburan menarik.

Memberikan contoh syarikat seperti Mitsui Fudosan yang membangunk­an Mitsui Outlet Park yang pertama dekat Lapangan Terbang Antarabang­sa KL secara usahasama dengan Malaysia Airports Holdings Berhad pada 2015 dan peluasan fasa kedua yang dijadual dibuka pada awal tahun depan, Najib berkata, pelaburan berterusan sedemikian adalah bukti keyakinan pelabur terhadap prospek jangka panjang Malaysia.

BBCC di kawasan seluas 9.4 ekar (3.8 hektar) yang sebelum ini adalah lokasi Penjara Pudu akan dibangunka­n sebagai pusat perniagaan dan gaya hidup bersepadu.

LaLaport KL yang juga komponen utama pembanguna­n dengan kawasan untuk sewaan seluas 0.9 juta kaki persegi akan menjadi pusat beli-belah barangan berjenama pertama LaLaport KL di Asia Tenggara apabila dibuka pada 2021.

Najib berkata, BBCC adalah pembanguna­n peringkat negara yang signifikan kerana ia adalah contoh kejayaan kerjasama awam-swasta yang kerajaan sentiasa galakkan. - BERNAMA

 ??  ?? NAJIB mendengar penerangan daripada Pengarah Urusan Mitsui Fudosan Asia Malaysia & MFBBCC Retail Mall Sdn Bhd, Takehito Fukui (dua dari kiri) ketika melihat model pembanguna­n BBCC di Kuala Lumpur, semalam.
NAJIB mendengar penerangan daripada Pengarah Urusan Mitsui Fudosan Asia Malaysia & MFBBCC Retail Mall Sdn Bhd, Takehito Fukui (dua dari kiri) ketika melihat model pembanguna­n BBCC di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia