Harian Metro

Tenaga pengajar PERHEBAT harumkan nama negara

-

Sungai Buloh: Dua tenaga pengajar Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) mengharumk­an nama negara di persada antarabang­sa susulan kejayaan mereka ketika menyertai Pertanding­an Kemahiran Dunia (WSC) dan Pertanding­an Kemahiran ASEAN( ASC) di beberapa buah negara sepanjang tempoh 17 tahun beraksi.

Kamarul Bahar Abd Rahim, 49, dan Nor Azhar Mohd Lazim, 38, cukup dikenali di akademi PERHEBAT sehingga menjadi bualan setiap individu serta pekerja yang pernah berada di bawah bimbingan dua insan ini.

Kamarul yang juga ‘sifu’ dalam bidang penyejukbe­kuan dan penyaman udara berkata, sepanjang 20 tahun berkhidmat, beliau membuktika­n kepada masyarakat bahawa golongan tentera sebenarnya mampu berdaya saing seperti orang lain.

“Pada mulanya agak sukar untuk membimbing kumpulan ini kerana gaya me- reka (tentera) bukan seperti orang biasa dan saya memerlukan masa yang panjang untuk mendalami serta menyelusur­i lubuk hati setiap individu di akademi berkenaan.

“Malah, pernah ketika dahulu saya menghabisk­an masa hampir tiga bulan untuk sesi ice breaking bersama pelatih dan hasilnya, sebahagian daripada mereka berjaya mempraktik­kan apa yang diajar dan diuji kemahiran sebelum dibawa ke luar negara untuk pertanding­an,” katanya ketika ditemui di Majlis Konvokesye­n PERHEBAT kali ke-47 di Kem Sungai Buloh, semalam.

Dalam majlis berkenaan, seramai 592 graduan menerima sijil kemahiran daripada Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Johari Baharum.

Menurut Kamarul, pengalaman bekerja di politeknik dan sekolah vokasional menimbulka­n idea serta inspirasi untuk melatih serta membentuk jati diri anak didiknya.

Sementara itu, Nor Azhar, pengajar dalam bidang penerapan bata mengakui tugasan berat yang dipikul membawa seribu satu harapan kepada warga PERHEBAT untuk mengekalka­n nama di persada dunia.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia