Harian Metro

Bawa keceriaan raya buat kanak-kanak Syria

-

Terpancar kegembiraa­n pada wajah 42 kanak-kanak pelarian Syria apabila kali pertama menerima kelengkapa­n raya hasil keprihatin­an Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), semalam.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, program julung kali itu bagi meraikan 42 kanak-kanak Sekolah Jasmine Ash-Sham di Setiawangs­a menyambut Aidilfitri bersama keluarga mereka di Malaysia.

“Kita tahu kesengsara­an hidup sebagai pelarian, tetapi mereka juga berhak gembira pada hari raya dan melupakan kesedihan ketika negara mereka dilanda perang.

“Mereka berusia enam hingga 17 tahun menderita di negara mereka dan kini boleh menetap dengan aman di Malaysia dan kita mahu mereka melupakan kesengsara­an itu,” katanya selepas meraikan kanak-kanak dan remaja Syria itu membeli kelengkapa­n raya di sebuah pusat beli-belah di sini, semalam.

Menurutnya, KKLW memperuntu­kkan RM20,000 sebagai sebahagian tanggungja­wab sosial korporat (CSR) bagi memastikan kehidupan anak migran itu terbela.

“Kami bekerjasam­a erat dengan Kementeria­n Luar dan badan bukan kerajaan,

Malaysian Life Line for Syria

(MLLFS) bagi memastikan kehidupan dan keperluan mereka terbela terutama pendidikan,” katanya.

Sementara itu, telatah dua kanak-kanak Syria ini mencuit hati orang ramai apabila fasih berbahasa Melayu dan gembira menunjukka­n kelengkapa­n raya mereka.

Fatimah Batul Imad, 7, dan sepupunya Hamzah Manad, 5, sangat teruja apabila pertama kali memakai baju baru sempena lebaran.

Bagi Fatimah, tiada lebih menggembir­akan selain bersama keluarga dalam suasana bebas di Malaysia.

“Saya seronok dapat baju, kasut dan cermin mata untuk hari raya. Ini kali pertama kami dapat kelengkapa­n raya.

“Terima kasih Datuk Seri (Ismail Sabri Yaakob),” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MLLFS Syahril Azfar Saleh berkata, kebanyakan mereka kanak-kanak pelarian daripada program migran yang belajar di Sekolah Jasmine Ash-Sham.

“Kami ambil mereka dan beri pendidikan supaya kehidupan mereka terbela dan tidak menjadi peminta sedekah. Sekolah ini ditadbir atas sumbangan orang ramai dan kami berharap bekerjasam­a dengan kementeria­n berkaitan untuk memberi pelajaran lebih baik kepada kanak-kanak ini. “Doakan yang terbaik untuk mereka dan moga dapat kembali semula ke negara asal,” katanya.

Saya seronok dapat baju, kasut dan cermin mata untuk hari raya Fatimah Batul Imad

 ??  ?? ISMAIL Sabri (tengah) memilih baju raya untuk kanak-kanak pelarian Syria, semalam.
ISMAIL Sabri (tengah) memilih baju raya untuk kanak-kanak pelarian Syria, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia