Harian Metro

Panggil 60 saksi

- Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz am@hmetro.com.my

Lebih 60 saksi dipanggil untuk dirakam keterangan oleh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan FELDA Global Ventures Holdings Berhad (FGV).

Ketua Pesuruhjay­anya Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, walaupun siasatan terhadap FGV baru dimulakan minggu lalu namun pegawainya merakamkan percakapan lebih 60 individu.

“Kami teruskan siasatan berdasarka­n bukti dan keterangan diperoleh, siasatan adalah bebas daripada perubahan dilakukan kerajaan dalam FGV.

“Kami cuba selesaikan secepat mungkin sebelum kertas siasatan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut,” katanya selepas menyaksika­n Majlis Ikrar Bebas Rasuah Kerajaan Pahang, di sini, semalam.

Majlis itu dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob, semua ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan pengarah jabatan serta agensi kerajaan negeri.

“Selain siasatan terhadap Delima Oil Products (anak syarikat FGV) kami juga siasat enam isu lain,” katanya.

Kemelut FGV mencapai kemuncak apabila bekas Pengerusin­ya dan Lembaga Pengarahny­a mengarahka­n Ketua Pegawai Eksekutif FGV Datuk Zakaria Arshad, Ketua Pegawai Kewangan FGV Ahmad Tifli Mohd Talha, Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading Ahmad Salman Omar dan Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products, Kamarzaman Abd Karim untuk bercuti 6 Jun lalu.

Susulan krisis itu, kerajaan melantik bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala sebagai orang tengah bagi mencari penyelesai­an krisis itu.

SPRM memulakan siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewen­gan dalam syarikat itu.

 ??  ?? ADNAN (tiga dari kiri) bersalam dengan Dzulkifli pada Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR), semalam.
ADNAN (tiga dari kiri) bersalam dengan Dzulkifli pada Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR), semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia