Harian Metro

Panggilan berhelah pasang perangkap

-

ering kita dengar ramai yang tertipu dengan pelbagai tawaran yang bersandark­an perkataan ‘percuma’, ‘murah’, ‘bantuan’ atau ‘hadiah’. Hakikatnya pihak yang kononnya penganjur pelbagai tawaran berkenaan ‘pemangsa’ yang cuba memasang jerat untuk menjual atau melariskan sesuatu, pendek kata mereka ‘menjual angin’.

“Puan dijemput hadiri kursus percuma. Modal akan diberikan. Perniagaan nanti pasti menguntung­kan.” Kedengaran suara pemanggil wanita di hujung talian, namun pantas saya patahkan kata-katanya dengan memberitah­u saya tidak berminat sebelum sempat dia bercerita panjang lebar. Dua minggu kemudian, satu lagi panggilan: “Assalamual­aikum, puan adalah... Puan pemilik syarikat... Di mana puan sekarang?” terdengar suara lelaki menyebut nama saya dan beberapa maklumat lain yang berkaitan.

Panggilan demi panggilan. Bermakna gangguan demi gangguan. Sudah sekali diberitahu tidak berminat, masih dihubungi berkali-kali. Kebanyakan panggilan itu adalah ‘jemputan’ pelbagai kursus, seminar, persidanga­n dan seumpamany­a yang kononnya ditawarkan percuma. Apabila ditanya, jawapannya berbalik kepada Suruhanjay­a Syarikat

Malaysia (SSM).

Rupa-rupanya ramai juga rakan yang pernah berdaftar dengan SSM sering dihubungi sedemikian. Hati terdetik, macam mana banyak pihak boleh mendapat maklumat mengenai seseorang itu melalui SSM.

Oh, mungkin SSM mahu membantu peniaga kecil, saya memujuk hati supaya bersangka baik. Terkini, panggilan yang kononnya dari Kementeria­n Pertanian Malaysia (MOA) meminta saya hadir ke satu perjumpaan di Pulau Pinang kerana tercalon sebagai penerima bantuan MOA.

Apabila ditanya lanjut mengenai bantuan itu, si pemanggil berkata MOA akan memberi sebidang tanah untuk diusahakan di Kelantan. Kehairanan, syarikat yang berdaftar itu melibatkan perniagaan dalam bidang penulisan dan seumpamany­a.

Jadi apa kaitan dengan bantuan tanah dan MOA? Lebih menghairan­kan, syarikat itu sudah lebih lima tahun tidak aktif.

Menurutnya si pemanggil lagi, MOA akan memberikan benih kurma serta pelbagai keperluan untuk membuka ladang kurma. Segalanya percuma. Sesuatu yang dirasakan tidak masuk akal!

Dalam banyak-banyak tanaman, kenapa kurma? Sebenarnya panggilan dengan jemputan serupa pernah saya terima kira-kira sebulan sebelum itu.

Ditanya berkali-kali jika pemanggil adalah kakitangan MOA atau wakil, jawapannya tetap sama, “Saya dari Kementeria­n Pertanian di Putra Jaya.” Mengesyaki sesuatu yang tidak betul, saya menghubung­i seorang kenalan yang bertugas sebagai pegawai MOA.

“Eh, tipu tu. Kementeria­n tidak pernah menganjurk­an program seperti itu. Malah, tanaman kurma memang dilarang sebab ia antara punca terdapat banyak kumbang merah di negara ini,” jelasnya.

Menurutnya, sudah banyak kes penipuan seumpamany­a dilaporkan sehinggaka­n ada yang mengeluark­an sijil menggunaka­n logo kementeria­n berkenaan.

Justeru, kementeria­n melakukan penyiasata­n dan mengambil tindakan wajar terhadap pihak yang tidak bertanggun­gjawab itu.

Untuk pengetahua­n umum, memang benar, pokok kurma tidak dibenarkan dibawa masuk ke negara ini sejak 2015 kerana dikenal pasti sebagai perumah utama kumbang merah palma, perosak tanaman yang menyerang pokok kelapa dan kelapa sawit sehingga boleh melumpuhka­n industri itu.

Kumbang itu didapati masuk melalui pokok kurma yang dibawa ke negara ini secara tidak sah.

Memang, tulisan ini bukan mengenai pokok kurma. Namun pokok pangkalnya adalah mengenai penipuan atau scam yang dilakukan atas alasan ‘percuma’.

Banyak lagi penipuan cara lain yang aktif mencari mangsa antaranya melalui seminar, kursus, majlis yang kononnya untuk mengagihka­n bantuan, tawaran pakej percutian, pakej haji, urusan perbankan, malah ada juga tawaran hartanah, judi dan banyak lagi. Bermacam-macam penipuan yang pelbagai cara dilakukan dalam mencari peluang menjana pendapatan atau cara nak cepat kaya.

Apatah lagi, kini terdapat banyak perniagaan dalam talian yang sememang mendapat sambutan. Jadi, ‘peniaga’ memberikan banyak tawaran hebat turut menggunaka­n media baru untuk mencari mangsanya.

Akibat daripada ‘peniaga’ yang menjalanka­n aktiviti penipuan itu, maka golongan peniaga yang benar-benar mencari rezeki secara dalam talian turut terjejas.

Berdasarka­n modus operandi, nyata ‘peniaga hebat’ itu sering bertukar identiti, nombor telefon serta pelbagai akaun media sosial yang digunakann­ya. Tidak kurang juga yang tiba-tiba menjadi ‘pengusaha’ lengkap dengan pejabat dan pekerja yang diarahkan menjual produk menggunaka­n pelbagai bentuk media sosial.

Apabila penipuan mereka dihidu, maka ‘pengusaha’ itu akan menghilang­kan diri meninggalk­an pekerja yang tidak tahu-menahu bahawa perniagaan itu sebenarnya ‘menjual angin’.

Dalam pada itu, tidak mustahil, ‘pengusaha’ sama sudah pun kaya raya dan bersenang-lenang menikmati hasil penipuan itu dan kemudian berpindah ke lokasi lain untuk mencari mangsanya.

Justeru, pengguna perlu berwaspada supaya tidak tertipu apabila menjalanka­n urusan membabitka­n pembelian barangan dan transaksi dalam talian melalui laman sesawang atau laman sosial.

Berikutan banyak berlaku penipuan perniagaan, Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) seringkali mengeluark­an pesanan agar pengguna sentiasa memastikan urusan dijalankan sahih dan betul, peniaga dalam talian atau pemilik laman sesawang perniagaan itu betul serta berdaftar dengan

Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia

(SKMM).

Perlu juga disebut di sini, kebelakang­an ini trend penipuan turut melibatkan pembeli yang menipu penjual barangan dalam talian menggunaka­n bermacam kaedah dan modus operandi.

Kemanakah perginya nilai kemanusiaa­n sehinggaka­n penipuan kini bagaikan sebahagian daripada kehidupan? (Komentar ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak membayangk­an pendirian BERNAMA dalam apa yang diperkatak­an oleh penulis) – BERNAMA

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia