Harian Metro

‘MAGNET’ ILMU

 Pondok Pengajian Ilmu Wahyu tarik minat penduduk kunjungi surau ikuti pengajian kitab, kuliah mingguan

- Mohd Nasif Badruddin mnasif@hmetro.com.my

Sejak penubuhan Pondok Pengajian Ilmu Wahyu lima tahun lalu, penduduk di Merlimau, Melaka dapat merasai perubahan yang menyentuh hati dan ke arah lebih baik.

Pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka, Mahani Ismail, 47, yang juga jemaah surau pondok itu berkata, dulu kehadiran penduduk ke masjid atau surau sekitar sangat sedikit.

Tetapi katanya, penubuhan pondok di bawah kendalian generasi muda yang dipimpin Ustaz Noramin Said, berjaya menarik kehadiran orang ramai mendekati surau, sekali gus menegakkan syiar Islam.

“Kehadiran pondok ini dalam masyarakat memberi harapan baru kepada masyarakat dengan pelbagai aktiviti seperti solat berjemaah, kuliah mingguan serta aktiviti luar.

“Malah kehadiran orang ramai melimpah hingga ke luar surau ketika pengajian kitab mingguan,” katanya.

Menurutnya, pondok yang memberi ruang pembelajar­an kepada orang dewasa, selain pelajar itu perlu diperkasak­an kerana menyeimban­gkan tuntutan duniawi dan ukhrawi.

Guru Sekolah Kebangsaan Sungai Rambai Rozaimi Rozali, 47, pula berkata, penubuhan pondok itu sangat diraikan penduduk kampung dengan bersama mengimarah­kan pelbagai aktiviti diadakan.

“Pembanguna­n pondok ini amat drastik daripada surau kepada beberapa bangunan lain yang selesa dan luas.

“Penduduk menyumbang dan bergotong-royong menyediaka­n juadah untuk kenduri, menyertai program korban berkelompo­k serta umrah bersama Ustaz Noramin,” katanya.

Katanya, pondok itu banyak memberi manfaat kepada masyarakat untuk mempelajar­i ilmu agama dan ilmu lain seperti cara sembelihan mengikut syarak serta aktiviti sukan sunah seperti memanah, berkuda dan berenang.

Banyak memberi manfaat kepada masyarakat untuk mempelajar­i ilmu agama Rozaimi

 ??  ?? MURID yang mempelajar­i cara mengikat serban membantu rakan.
MURID yang mempelajar­i cara mengikat serban membantu rakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia