Harian Metro

Jadual fleksibel tarik minat pelajar

-

pengajian fleksibel dan tidak terlalu padat antara faktor yang menarik minat pelajar untuk belajar agama di Pondok Pengajian Ilmu Wahyu.

Kelas pengajian di pondok itu hanya bermula selepas pelajar pulang dari sekolah menengah dengan kelas al-Quran diadakan selepas Asar dan kitab turath pula selepas Maghrib.

Menurut Muhammad Izzuddin Safwan Walid, 13, pelajar di situ perlu pandai membahagik­an masa untuk belajar akademik dan agama kerana kedua-duanya penting serta perlu seiring.

Katanya, jika mengikut jadual dan tidak leka, pelajar tidak menghadapi masalah tidak cukup masa kerana semuanya sudah diatur mengikut kesesuaian pelajar.

“Saya tidak menghadapi masalah besar untuk belajar agama dan tinggal di asrama pondok ini kerana memang minat dengan agama.

“Malah saya juga dapat faham dengan baik pengajian kitab turath yang diajar kerana ustaz menggunaka­n bahasa mudah dan mengikut situasi terkini,” katanya.

Menurut pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Zahiruddin, Merlimau itu, stigma mengatakan belajar kitab turath susah tidak benar kerana ia bergantung kepada kemahuan pelajar dan cara penyampaia­n ustaz.

Katanya, pelajar di situ juga bebas beriadah pada waktu petang dengan menyertai sukan sunah seperti memanah, berkuda dan berenang.

“Kehadiran ramai penduduk kampung solat berjemaah dan mengikuti pengajian agama memeriahka­n majlis dan memberi semangat kepada kami untuk belajar bersungguh-sungguh,” katanya.

 ?? FOTO: ?? AKTIVITI memanah beri pengalaman baru kepada pelajar.
TENAGA pengajar dan pelajar di Pondok Pengajian Ilmu Wahyu. PENDUDUK turut serta dalam aktiviti dianjurkan madrasah.
FOTO: AKTIVITI memanah beri pengalaman baru kepada pelajar. TENAGA pengajar dan pelajar di Pondok Pengajian Ilmu Wahyu. PENDUDUK turut serta dalam aktiviti dianjurkan madrasah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia