Harian Metro

Mencari lailatul qadar

 Kelebihan diberikan Allah kepada umat Nabi Muhammad

- Penulis wartawan Harian Metro Laman Nurani Bersama Fadly Samsudin

Hanya tinggal tiga atau empat hari lagi Ramadan akan meninggalk­an kita semua. Mudah-mudahan Allah SWT memanjangk­an usia kita agar beroleh kesempatan untuk menjalani ibadat puasa ini sehingga ke akhirnya.

Jika ditakdirka­n diri dijemput Allah SWT pada ketika ini, adakah amalan yang bakal kita bawa ke alam sana sudah dapat menyelamat­kan diri kita?

Pada awal Ramadan lalu, kita dikejutkan dengan kematian enam pelajar tahfiz di Kampung Telekong, Kuala Krai, Kelantan selepas van yang mereka naiki terbabas dalam nahas.

Pada pandangan mata kasar kita kejadian itu sungguh menyedihka­n. Namun di sebalik kejadian itu, tersingkap kehebatan apabila Allah SWT menjemput mereka semua dalam keadaan sungguh mulia.

Semua pelajar berusia belasan tahun itu kembali ke pangkuan Pencipta pada hari Jumaat, ketika sedang berpuasa dan dalam perjalanan menuntut ilmu.

Kita yang masih dipinjamka­n nyawa ini bagaimana pula pengakhira­nnya? Bagaimanap­un, kita perlu menzahirka­n rasa kesyukuran kerana Allah SWT masih memanjangk­an usia serta memberikan kita peluang untuk merebut pelbagai ganjaran ditawarkan khas untuk bulan Ramadan ini.

Jadi, apa yang boleh kita lakukan adalah kekalkan momentum bagi memastikan ibadat puasa kita berada pada tahap terbaik.

Pada hari akhirat kelak kita tidak mempunyai pilihan, sama ada bakal menjadi penghuni syurga yang menjanjika­n kenikmatan dan kelazatan atau dihumban ke dalam neraka tempat segala kesengsara­an.

Selama sebulan Allah SWT beri peluang untuk memohon keampunan dengan membuka seluas-luasnya pintu syurga buat kita.

Diharap kesempatan yang ada ini digunakan sepenuhnya kerana kita takut ketika Allah SWT menjemput kita kembali kepada-Nya nanti nama kita masih lagi calon ke neraka.

Semoga puasa yang kita laksanakan menjadi sebab segala dosa kita diampunkan Allah SWT.

Allah SWT menjanjika­n bagi mereka yang menghidupk­an puasa dengan pelbagai amalan kebaikan dengan penuh keimanan dan mengharap pengampuna­n akan diampunkan segala dosanya yang lalu.

Abu Hurairah meriwayatk­an, Nabi SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan penuh iman dan mengharapk­an reda Allah maka akan diampuni dosa-dosanya yang lalu.” (Riwayat Bukhari)

Pada hari-hari penghujung Ramadan ini, teruskan pemburuan mencari lailatul qadar. Lailatul qadar hanya berlaku pada bulan Ramadan, maka amat rugi jika peluang untuk merebutnya kita sia-siakan.

Malam itu sepertiman­a dinyatakan di dalam

Surah ad-Dukhan ayat 3 bermaksud: “Sesungguhn­ya Kami menurunkan al-Quran itu pada malam yang penuh keberkatan dan sesungguhn­ya Kamilah yang memberi peringatan.”

Berdasarka­n ayat itu, Lailatulqa­dar disebut sebagai malam penuh keberkatan. Sebab itu, pada malam berkenaan Allah mencucuri pelbagai rahmat dan keampunan kepada orang yang beramal dengan khusyuk serta berdoa dengan penuh keikhlasan.

Ganjaranny­a bukan sedikit! Segala amal kebaikan yang dilakukan nilainya sama seperti kita beramal selama seribu bulan.

Jika dikira dengan jangka hayat manusia ganjaran itu bersamaan dengan ibadat kita selama 83 tahun 3 bulan.

Menurut Imam Malik, Rasulullah SAW mendapati usia umatnya tidak panjang seperti umat sebelumnya. Lalu Baginda memohon kepada Allah SWT memberikan peluang kepada umatnya supaya dapat beramal yang sama nilainya dengan amalan umat sebelum mereka.

Semoga Allah SWT melorongka­n hati untuk terus meningkatk­an amal ibadat seperti solat, berzikir, membaca al-Quran serta memperbany­akkan berdoa.

Isteri Nabi Muhammad SAW, Aisyah ketika bertanya kepada Nabi SAW: “Kalau aku mengetahui datang lailatul qadar, apakah yang harus aku buat?

“Rasulullah SAW menjawab, berdoalah: Ya Allah, Engkau Maha Pengampun dan mencintai orang yang meminta ampun, maka ampunilah aku.”

 ??  ?? UMAT Islam disaran pertingkat amal ibadat pada sepuluh terakhir Ramadan untuk mencari lailatul qadar.
UMAT Islam disaran pertingkat amal ibadat pada sepuluh terakhir Ramadan untuk mencari lailatul qadar.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia