Harian Metro

Hati bersih selalu ingati Maha Pencipta

-

Hati yang suci akan sentiasa mendapat petunjuk untuk melalui jalan kebenaran.

Antara tanda seseorang memiliki hati yang bersih adalah selalu mengingati Allah.

Mereka sedar apabila jauh daripada Allah, hati mulai kotor. Makanan buat hati yang bersih adalah iman manakala ubatnya adalah al-Quran.

Bagi mengelak hati tidak mudah sakit dan kotor, iman dan al-Quran adalah ubat paling berkesan untuk menyembuhk­annya.

Di dalam Surah al-Fajr, ayat 27 hingga 28 Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai hati yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati dan diredainya di sisi Tuhanmu!”

Sebagaiman­a menjaga tubuh badan yang sentiasa memerlukan pengambila­n makanan berzat dan mempunyai vitamin, begitu juga menjaga kekuatan hati yang memerlukan perkara sama.

Makanan terbaik bagi hati ialah zikir, solat, bersedekah serta perbuatan yang menzahirka­n ketaatan kepada Allah SWT. Hati yang sentiasa dibajai dengan taubat, zikir, wirid dan sedekah tidak mudah dihinggapi kuman penyakit.

Lihatlah pada diri seseorang yang beramal soleh seperti taat kepada suruhan Allah, bercakap benar dan berakhlak mulia. Mereka sentiasa terhindar daripada penyakit hati seperti hasad dengki, iri hati dan berdusta.

Ramai yang tidak menyedari, antara amalan menjadi punca merosakkan hati termasuk banyak bergaul dengan orang yang kotor hatinya, suka berangan, tidak berharap kepada Allah, banyak makan makanan haram, terlalu banyak tidur dan tidak menjaga pertuturan.

Selain itu, kebanyakan ulama berpendapa­t, nafsu adalah penghalang hati tidak sampai kepada Allah SWT.

Beruntung sekali bagi mereka yang berjaya menundukka­n nafsunya. Sebaliknya, amat rugi sekiranya seseorang terpaksa mengalah dengan kehendak nafsunya sehingga apa saja yang dilakukan mendapat perintah daripada nafsu.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Adapun orang yang melampaui batas dan lebih mengutamak­an kehidupan dunia, sesungguhn­ya nerakalah tempat tinggalnya. Dan sesiapa yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri daripada keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhn­ya syurgalah tempat tinggalnya.” (Surah an-Naziat, ayat 37 hingga 41)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia