Harian Metro

Onar di rumah mewah

- Rudy Syareme Sheriffudi­n am@hmetro.com.my

 Polis serbu tiga premis dipercayai lokasi aktiviti skim piramid sejak sebulan lalu

Rahsia tiga premis termasuk satu kediaman mewah yang dijadikan transit penyimpana­n wang tunai bagi skim anti-piramid Kelab MFace atau Mfc Club akhirnya terbongkar selepas diserbu pihak berkuasa di Butterwort­h dan Kulim, Kedah, kelmarin.

Serbuan membabitka­n sepasukan anggota dan pegawai Pasukan Tindakan Khas Bahagian Penguatkua­sa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Putrajaya bersama Pasukan Penguatkua­saan Pemulihan Hasil Negara (NRRET) Jabatan Peguam Negara, Bank Negara Malaysia (BNM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman itu dilakukan bermula jam 6.30 pagi hasil intipan dan maklumat awam.

Operasi tertumpu di sebuah rumah di Sungai Dua, Butterwort­h dan dua premis kediaman mewah di Taman MBI, Kulim selepas KPDNKK mengadakan intipan selama sebulan mengesan kegiatan skim pelaburan itu.

Dalam operasi itu, seorang lelaki berusia 50-an yang juga pengasas utama skim pelaburan berkenaan ditahan di rumahnya di Taman MBI untuk membantu siasatan lanjut.

Ketua Pengarah Penguatkua­sa KPDNKK Datuk Mohd Roslan Mahayudin berkata, serbuan dilakukan selepas memperoleh hasil siasatan daripada tindakan ke atas skim berkenaan di dua premis di Lembah Klang dan Pulau Pinang pada 29 Mei lalu.

Beliau berkata, KPDNKK mengesan tiga rumah disyaki menjadi transit penyimpana­n wang tunai sindiket pelaburan popular itu dan dalam pemeriksaa­n pertama di sebuah kediaman di Sungai Dua, pihaknya menemui wang tunai berjumlah RM280,000.

“Turut diperiksa sebuah lagi rumah di Taman MBI, Kulim dan kita menemui wang tunai RM187,612 dan pelbagai mata wang asing bernilai RM218,000.

“Kami turut merampas tiga kereta mewah termasuk Jaguar serta Range Rover bernilai RM1.45 juta dan membuat pembekuan ke atas empat akaun suspek bernilai RM30 juta.

“Suspek kini ditahan reman empat hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara 15 tahun dan denda lima kali daripada jumlah gandaan atau nilai hasil daripada aktiviti haram,” katanya di BNM negeri, semalam.

 ?? FOTO:
RAMDZAN MASIAM ?? MOHD Roslan (tengah) menunjukka­n wang yang dirampas dalam satu operasi susulan ke atas aktiviti skim piramid MBI Internatio­nal di Pulau Pinang dan Kedah pada sidang media di Bank Negara Malaysia, Lebuh Light, Pulau Pinang.
FOTO: RAMDZAN MASIAM MOHD Roslan (tengah) menunjukka­n wang yang dirampas dalam satu operasi susulan ke atas aktiviti skim piramid MBI Internatio­nal di Pulau Pinang dan Kedah pada sidang media di Bank Negara Malaysia, Lebuh Light, Pulau Pinang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia