Harian Metro

Siasat dua budak bergaduh di taman

-

Nilai: Aksi pergaduhan antara dua pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di kawasan taman permainan di Mantin, di sini, menjadi tular di laman sosial Facebook, sejak kelmarin.

Video berdurasi satu minit 15 saat dirakam pelajar lain menunjukka­n dua remaja lelaki memakai kemeja-T berwarna merah dan biru berbalas tumbukan.

Pergaduhan berlaku di taman permainan dengan disaksikan puluhan pelajar lain yang bersorak dan melakukan provokasi, malah ada yang cuba meleraikan pergaduhan itu.

Pergaduhan dipercayai bermula apabila pelajar itu menendang dan menumbuk seorang lagi pelajar sebelum lelaki itu terus menumbuk beberapa kali di kepala.

Ketua Polis Daerah Nilai Superinten­dan Zaldino Zaludin berkata, pihaknya belum menerima laporan dan menyiasat kejadian itu yang dipercayai berlaku beberapa hari lalu.

Menurutnya, pergaduhan itu dipercayai membabitka­n pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mantin dan polis akan berhubung dengan pihak sekolah untuk siasatan terperinci.

“Polis dimaklumka­n mengenai video yang tular itu, namun setakat ini belum menerima laporan rasmi. Kami juga akan berhubung dengan pihak sekolah untuk mengenal pasti identiti pelajar terbabit dalam pergaduhan itu,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan negeri Rusni Ab Jalil berkata, pihak sekolah mengetahui kejadian selepas video berkenaan menjadi tular dan memanggil kedua-dua pelajar terbabit serta ibu bapa mereka, kelmarin.

 ??  ?? RAKAMAN video dua pelajar lelaki bergaduh.
RAKAMAN video dua pelajar lelaki bergaduh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia