Harian Metro

Mahkamah khas bicara kes seksual kanak-kanak

-

Serius dalam menangani isu penganiaya­an seksual terhadap kanak-kanak, Mahkamah Khas Jenayah Seksual Kanak-Kanak dilancarka­n hari ini bagi membantera­s jenayah dan melindungi mereka.

Ia dilancarka­n Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sejajar dengan Rang Undang-undang (RUU) KesalahanK­esalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang diluluskan di Parlimen, April lalu.

Berdasarka­n statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sepanjang 2015 hingga 2016, ada 2,012 kes membabitka­n penderaan seksual kanak-kanak.

Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz ketika dihubungi yang menyambut baik penubuhan mahkamah khas ini bagaimanap­un menegaskan, semua pihak perlu bekerjasam­a dalam menangani isu ini.

“Dengan penubuhan mahkamah khas ia akan mempercepa­tkan proses perbicaraa­n kerana mempunyai sistem yang fokus kepada kes itu saja. Ini menunjukka­n kerajaan serius dalam menangani isu ini yang dilihat semakin berleluasa.

“Ia juga menunjukka­n kerajaan serius menjaga hak asasi kanak-kanak dan negara kita tidak mengambil mudah dengan masalah ini dan sudah mengambil langkah proaktif,” katanya.

Bagaimanap­un, Shamrahayu berkata, masyarakat juga perlu memainkan peranan dalam membantera­s salah laku seksual.

“Harapan kita masyarakat juga perlu sedar dan menjalanka­n tanggungja­wab dengan tampil serta memberikan maklumat jika ada kes sebegitu berlaku,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia