Harian Metro

Rondaan berterusan 16 jam setiap hari sempena OPS H RA

-

Rondaan berterusan selama 16 jam setiap hari dijalankan untuk memastikan kelancaran trafik di lebuh raya utama seluruh negara sempena operasi khas Hari Raya Aidilfitri (OPS HRA).

Itu antara usaha dilakukan Jabatan Pengangkut­an Jalan

(JPJ) di 231 lokasi yang dikenal pasti kerap berlaku kemalangan bermula 18 Jun hingga 2 Julai depan.

Bagaimanap­un, pemantauan itu digandakan lagi kepada 24 jam iaitu pada 23 dan 24 Jun serta 1 dan 2 Julai ketika orang ramai berpusu-pusu pulang ke destinasi masing-masing.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Nadzri Siron berkata, sebanyak 38 stesen penguatkua­saan (EBS) yang dijadikan

untuk pemeriksaa­n turut dibuka sepanjang OPS HRA 2017.

Katanya, ini adalah antara strategi operasi penguatkua­saan bagi tujuan menimbulka­n persepsi kesalahan disedari pihak berkuasa dalam kalangan pengguna jalan raya.

“Ia bukan saja membabitka­n pemantauan pihak berkuasa tetapi juga hasil aduan yang diterima daripada pengguna jalan raya itu sendiri.

“Hari ini (semalam) kita melancarka­n satu lagi saluran aduan trafik menggunaka­n aplikasi WhatsApp di talian +6011-51115252 bagi memudahkan orang awam membuat aduan berhubung salah laku pemandu untuk tindakan segera,” katanya pada sidang media selepas operasi khas sempena hari raya Aidilfitri (Ops HRA) di Plaza Tol Sungai Besi, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia