Harian Metro

Wanita sarat mengandung nafi perdaya juruterban­g RM800,000

-

Seorang ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas 10 pertuduhan memperdaya seorang juruterban­g berhubung tender membekalka­n baju celoreng tentera membabitka­n kerugian hampir RM800,000 dua tahun lalu.

Norhemira Juliana Abd Rashid, 30, yang sarat mengandung lapan bulan bagaimanap­un mengaku tidak bersalah sebaik saja pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azman Ahmad.

Mengikut semua pertuduhan, tertuduh didakwa menipu Muhammad Hafifuddin Abdul Rahman, 26, dengan memperdaya­kan mangsa untuk mempercaya­i bahawa syarikatny­a Empayar Dahlia Holding Sdn Bhd mendapat tender membekalka­n baju celoreng digital tentera kepada Kementeria­n Pertahanan yang syarikatny­a memerlukan suntikan modal.

Perbuatan itu dengan curangnya mendorong Muhammad Hafifuddin membuat pembayaran berjumlah RM729,950 ke dalam akaun Maybank miliknya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di beberapa cawangan Maybank di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Selangor antara 3 September 2015 hingga 24 Mac 2016.

Bagi semua pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Kamarul Aris Kamalluddi­n manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Geethan

Ram Vincent.

Mahkamah membenarka­n tertuduh diikat jamin RM65,000 dan menetapkan 11 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia